Followers

Tuesday, September 24, 2013

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI 2103 NAJIB RAZAK MELIBATKAN KOS DARI WANG RAKYAT SEBANYAK HAMPIR RM3JUTA!!!!!




Semasa mengumumkan untuk menaikkan harga petrol RON95 dan Diesel sebanyak 20sen seliter oleh Najib Razak sendiri, alasan diberikan antaranya untuk mengurangkan beban kerajaan.

Berbelanja sebanyak hampir RM3juta untuk Rumah Terbuka Aidil Fitri 2013 8hb Ogos 2013 baru-baru ini adakah tidak membebankan kerjaan?

Rakyat diminta dan dikerah agar berjimat jimat dalam perbelanjaan tapi dirinya dan kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan be4liau dengan sewenang-wenangnya berboros sakan tanpa ada sedikit pun rasa nak berjimat dalam jiwa.

Perkara ini didedahkan dalam persidangan Parlimen pagi ini bagi menjawab soalan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Seremban, YB Anthony Loke dan dijawab oleh Menteri Jaga Parlimen Shahidan Kassim.

Kos utk menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Perdana Menteri dan Ahli Jemaah Menteri pada 8 Ogos 2013 melibatkan kos sebanyak RM2.88 juta. Kos makanan ialah sebanyak RM36.00 seorang yang disediakan oleh Syarikat Kuzie Catering.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.