SAYA membaca saranan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir
Mohamad di muka hadapan Sinar Harian 5 September lalu yang menggesa
kerajaan agar berjimat cermat dan jangan boros apabila berbelanja.
Kata beliau, negara kita kini mengalami defisit dalam perbelanjaan, jadi tidak ada cara lain untuk mengawal keadaan kecuali berjimat cermat. Barangkali Dr Mahathir baru sedar, bahawa selama ini Kerajaan Malaysia sudah banyak membazir dalam perbelanjaannya.
Apabila minyak terpaksa dinaikkan 20 sen hanya untuk mendapatkan pulangan sebanyak RM3.3 billion yang lebih daripada itu dihabiskan untuk tujuan lain, barulah Tun bersuara.
Suka saya menyebut bahawa berjimat cermat ialah perintah Islam. Ia bukan kerana defisit tinggi atau harga minyak naik, tetapi kerana ia memang merupakan suruhan Islam.
Di waktu mewah pun Islam memerintahkan agar kita berjimat apatah lagi ketika susah. Inilah didikan Rasulullah SAW kepada para sahabat.
Bacalah teguran Rasulullah SAW kepada seorang sahabat yang bernama Saad Radhiallahuanhu ketika beliau sedang berwuduk, setelah dilihat ada unsur pembaziran di dalam wuduk Saad Radhiallahuanhu, Rasulullah SAW bersabada yang bermaksud: "Apakah pembaziran ini? Lalu Saad berkata: Adakah di dalam wuduk pun ada pembaziran? Rasulullah SAW bersabda: Ya, sekali pun kamu berada dalam sungai yang mengalir." - Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ahmad.
Jika di dalam sungai yang mengalir pun, mengambil wuduk dengan air yang berlebihan dianggap membazir, apatah lagi jika dalam keadaan air yang tidak mencukupi.
Demikianlah perbelanjaan negara, projek-projek besar yang terbengkalai, pelaburan di luar negara menggunakan duit rakyat ada kerugian bernilai ratusan juta ringgit akhirnya dipaksakan rakyat untuk menanggungnya.
Ini jelas sekali merupakan pilihan yang zalim dan tidak kena pada tempatnya. Ketika saya mula-mula mentadbir negeri Kelantan pada 1990, dasar jimat cermat inilah yang saya arah digunapakai dalam semua urusan kerajaan.
Gaji bulanan Menteri Besar, ahli Exco dan wakil rakyat kerajaan dipotong, sebahagiannya dijadikan sumbangan tetap untuk parti.
Saya mengarahkan agar amalan memberikan cenderamata kepada pemimpin kerajaan ketika lawatan rasmi ke jabatan dan agensi kerajaan dihentikan. Tujuannya tidak lain hanyalah untuk untuk mengelakkan pembaziran dan perbelanjaan ke atas tujuan yang tidak perlu.
Saya menolak peruntukan untuk keraian Hari Raya dan juadah berbuka puasa yang masing-masing berjumlah RM30,000 dan RM15,000 setiap tahun bermula 1990.
Saya tidak mendiami kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 bagi mengelakkan perbelanjaan mengurus tadbir rumah tersebut dan menyelamatkan kantung kerajaan.
Pada masa itu, Dr Mahathir masih Perdana Menteri Malaysia yang seringkali mempertikaikan apa jua langkah positif yang dibuat Kerajaan Kelantan.
Bahkan masih terngiang-ngiang di telinga saya tuduhan yang menyatakan bahawa amalan memberikan cuti dua hari seminggu kepada kakitangan kerajaan negeri hanya akan menyebabkan mereka menjadi malas.
Tanpa segan dan tanpa silu, itulah yang ditiru kemudiannya oleh kerajaan di bawah pimpinan Dr Mahathir. Dari sudut penjimatan, tambahan cuti sehari dalam seminggu ini menjimatkan banyak bekalan eletrik yang digunakan di pejabat-pejabat kerajaan.
Saya sokong saranan Dr Mahathir agar kerajaan berjimat. Ia bagus namun agak lewat. Tetapi lewat itu lebih baik daripada langsung tiada. Barangkali Dr Mahathir berpegang kepada prinsip "better late then never".
Tahniahlah, namun sesekali apabila memberikan saranan yang sesuai dengan Islam, saya kira apa salahnya memberi kredit kepada Islam.
Ertinya, berjimat cermat bukan hanya kerana defisit naik, bukan kerana perbelanjaan meningkat tetapi berjimat cermat kerana itulah suruhan agama.
Saya tidak rasa lidah kita terlalu kekok sehingga menghalang untuk menyebut Islam. Itulah Islam, agama yang syumul dan menyeluruh.

Islam bukan hanya agama
kopiah dan serban sahaja. Inilah yang wajib diketahui pemimpin parti
politik sekular di mana hari ini dilihat ramai mulai memakai kopiah -
Kenyataan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.