Followers

Saturday, September 21, 2013

Lawatan Obama 'malapetaka buat Malaysia' - Mapim

Pejuang Tegar (PAKATAN RAKYAT)
Lawatan Obama 'malapetaka buat Malaysia' - Mapim

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) membantah  kunjungan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barak Obama ke negara ini ekoran imej  negatif Amerika Syarikat di sisi rakyat negara ini.

Malah badan bukan kerajaan (NGO) itu menyifatkan kehadiran Obama di Kuala Lumpur 11  Oktober hadapan sebagai "suatu malapetaka buat Malaysia".

Dalam satu kenyataan media yang diluarkan hari ini, MAPIM secara tegas tidak  mengalu-alukan kedatangan Obama malah mendesak lawatan pemimpin kuasa besar dunia itu  dibantah dan dikecam.

"AS dilihat sebagai kuasa imperialis Barat yang mempunyai cita-cita untuk mendominasi  seluruh dunia melalui pelbagai strategi. Dari strategi menguasai Majlis Keselamatan  PBB, Majlis Hak Asasi Manusia PBB, IMF, Bank Dunia, WTO, G8, APEC sehingga strategi  memanipulasi media global, perjanjian  ketenteraan, strategi menjatuhkan atau  menaikkan seseorang pemimpin atau kerajaan," ujar Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul  Hamid.

Tambah beliau, AS menghadapi masalah integriti di kaca mata umat Islam dan seluruh  pejuang hak asasi manusia sedunia malah ia adalah negara paling rasis dan paling  hipokrit.
 
 
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) membantah kunjungan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barak Obama ke negara ini ekoran imej negatif Amerika Syarikat di sisi rakyat negara ini.

Malah badan bukan kerajaan (NGO) itu menyifatkan kehadiran Obama di Kuala Lumpur 11 Oktober hadapan sebagai "suatu malapetaka buat Malaysia".

Dalam satu kenyataan media yang diluarkan hari ini, MAPIM secara tegas tidak mengalu-alukan kedatangan Obama malah mendesak lawatan pemimpin kuasa besar dunia itu dibantah dan dikecam.

"AS dilihat sebagai kuasa imperialis Barat yang mempunyai cita-cita untuk mendominasi seluruh dunia melalui pelbagai strategi. 

Dari strategi menguasai Majlis Keselamatan PBB, Majlis Hak Asasi Manusia PBB, IMF, Bank Dunia, WTO, G8, APEC sehingga strategi memanipulasi media global, perjanjian ketenteraan, strategi menjatuhkan atau menaikkan seseorang pemimpin atau kerajaan," ujar Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Tambah beliau, AS menghadapi masalah integriti di kaca mata umat Islam dan seluruh pejuang hak asasi manusia sedunia malah ia adalah negara paling rasis dan paling hipokrit.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.