Hukuman seumur hidup untuk anggota Ikhwanul Muslimin
Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas 11 anggota Ikhwanul Muslimin kerana keganasan menentang tentera.
Seramai 45 anggota lainnya dihukum lima tahun penjara berkaitan pemberontakan secara fizikal dengan tentera di kota pelabuhan Suez,bulan lalu.Namun lapan orang dibebaskan.
Beberapa orang diantara mereka juga didakwa membawa senjata api dan melempar bom botol ke arah tentera.Pada hari Selasa 3 September (semalam) merupakan genap sebulan sejak Tentera Mesir menjatuhkan Presiden Mohamed Morsi dari jawatannya pada 3 Julai lalu.
Kekerasan antara penunjuk perasaan antara penyokong Dr Morsi dan Tentera memuncak ketika tentara menggempur kumpulan penunjuk perasaan pada 14 Ogus dan menewaskan lebih dari 2000 orang.
Selepas keganasan tersebut,sekitar 2000 anggota Ikhwanul Muslimin ditahan.Beberapa tokohnya juga ditangkap seperti pemimpin mereka Dr Mohammad Badie dan Mohammed al-Beltagy yang menjawat bahagian sayap politik Ikhwanul Muslimin,Parti Kebebasan dan Keadilan.
Sementara itu Dr Mohammed Morsi tetap ditahan sejak digulingkan dan kerajaan haram Mesir sudah mengatakan akan mendakwanya dengan mengaitkan pembunuhan keatas penunjuk perasaan para penentangnya.
Dalam aksi tunjuk perasaan awal Disember lalu,puluhan ribu orang turun ke jalan menentang dekri yang dikeluarkan Presiden Morsi,yang mereka sebut ilegal kerana memberikan kekuasaan penuh kepada Morsi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.