Followers

Thursday, September 5, 2013

Ketua Polis Negara Bercakap Bohong?


Photo: Thursday, 5 September 2013.

Ketua Polis Negara Bercakap Bohong?

Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said menafikan bersembunyi, mendakwa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sengaja mereka cerita, kononnya telah pergi ke rumahnya lebih awal pada petang Selasa untuk menangkap beliau.

Khalid hari ini dilaporkan menuduh Samad ataupun lebih dikenali sebagai Pak Samad secara senyap-senyap pulang ke rumahnya lewat malam sehingga memaksa polis menangkapnya pada lewat pagi.

"Saya ada di rumah sahaja, saya tidak bersembunyi.

"Saya memang ada di rumah sahaja, kemudian saya bersiar-siar sekitar Bangsar dan minum teh di kedai mamak berhampiran rumah saya," kata beliau apabila dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Samad juga berkata sepanjang hari berada di rumah pada petang Selasa, tiada seorang pun anggota polis yang datang ke rumahnya.

"Tiada, masa saya di rumah tiada polis pun yang datang," katanya lagi.Semalam, Samad ditahan polis di rumahnya di Bangsar, kira-kira jam 12.40 pagi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk membantu siasatan berhubung pengibaran bendera Sang Saka Malaya.

Namun, orang ramai termasuk pemimpin politik dan aktivis menyelar tindakan pihak polis tersebut sebagai tidak beradab dan menghormati seorang yang telah berusia dengan menahannya lewat pagi.

Sasterawan Negara itu disoal siasat selama hampir dua jam selepas tiga anggota polis mengambilnya di rumah berhubung insiden pada malam ambang kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Samad disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 505, Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, polis turut menahan dan menyoal siasat aktivis, Hishamuddin Rais dan Adam Adli di bawah Akta Hasutan 1948 semalam.

Insiden kibaran bendera Sang Saka Malaya itu turut tersebar dalam laman sosial YouTube.Selain itu, tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia dan Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul manakala Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia menggesa polis mengenakan tindakan tegas mengikut Akta Hasutan terhadap kumpulan yang mengibarkan Sang Saka Malaya.


Posted by Jeebond BLMSasterawan Negara, Datuk A. Samad Said menafikan bersembunyi, mendakwa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sengaja mereka cerita, kononnya telah pergi ke rumahnya lebih awal pada petang Selasa untuk menangkap beliau.

Khalid hari ini dilaporkan menuduh Samad ataupun lebih dikenali sebagai Pak Samad secara senyap-senyap pulang ke rumahnya lewat malam sehingga memaksa polis menangkapnya pada lewat pagi.

"Saya ada di rumah sahaja, saya tidak bersembunyi.

"Saya memang ada di rumah sahaja, kemudian saya bersiar-siar sekitar Bangsar dan minum teh di kedai mamak berhampiran rumah saya," kata beliau apabila dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Samad juga berkata sepanjang hari berada di rumah pada petang Selasa, tiada seorang pun anggota polis yang datang ke rumahnya.

"Tiada, masa saya di rumah tiada polis pun yang datang," katanya lagi.Semalam, Samad ditahan polis di rumahnya di Bangsar, kira-kira jam 12.40 pagi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk membantu siasatan berhubung pengibaran bendera Sang Saka Malaya.

Namun, orang ramai termasuk pemimpin politik dan aktivis menyelar tindakan pihak polis tersebut sebagai tidak beradab dan menghormati seorang yang telah berusia dengan menahannya lewat pagi.

Sasterawan Negara itu disoal siasat selama hampir dua jam selepas tiga anggota polis mengambilnya di rumah berhubung insiden pada malam ambang kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Samad disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 505, Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, polis turut menahan dan menyoal siasat aktivis, Hishamuddin Rais dan Adam Adli di bawah Akta Hasutan 1948 semalam.

Insiden kibaran bendera Sang Saka Malaya itu turut tersebar dalam laman sosial YouTube.Selain itu, tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia dan Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul manakala Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia menggesa polis mengenakan tindakan tegas mengikut Akta Hasutan terhadap kumpulan yang mengibarkan Sang Saka Malaya.


Posted by Jeebond BLM
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.