Followers

Thursday, September 19, 2013

Kah Kah Kah.....Lip Service......

Azmawi Azizan
 Program pemerkasaan ekonomi Bumiputera adalah DEB dgn dendaman (NEP with a vengeance). 

Ianya akan beri peluang kpd Putera-firsters utk mengaut kekayaan sementara memberi khidmat-bibiran (lip service) kpd bangsa Melayu keseluruhannya. Pada 1970 pegangan kekayaan Melayu ialah 2%. 

Hari ini mengikut kata Yang Berhormat Perdana Menteri, DS Najib, ianya 23%. Ertinya utk mencapai pertambahan 21% kita perlukan 43 tahun diperintah oleh Umno. 

Adakah Najib cuba katakan utk membaiki keadaan bangsa Melayu kita mesti dinaungi oleh pimpinan Umno? Adakah syarat kemajuan bangsa Melayu, kita mesti memilih Umno? Umno BN bknlah segala2nya dan segala2nya bkn dtg dari Umno BN.

Rekod menjelaskan 10 juta rakyat bangsa Melayu adalah berpendapatan RM1,500 ke bwh. Pemilikan aset bkn wang spt kedai, bangunan dlm bandar oleh Melayu tidak lebih dari 5%. Ekuiti hanya 23%. Soalan cepu mas ialah, apa yg Umno lakukan selama 43 tahun? Ekuiti sebyk RM45 billion hampir habis telah dilesapkan oleh bumiPUTERA, dari RM45 billion kini tgl hanya RM2 billion. 

Bolehkah Najib membendung nafsu bumiPUTERA setakat menguasai 30%? Adakah bangsa Melayu yg berketuakan bumiPUTERA Umno yg merupakan 70% penduduk puas dgn hanya 30% kekayaan? 

Kenapa tidak ditingkatkan ke 50% utk jadikan negara ini adil dan saksama? Jika pertambahan 21% memakan masa 43 tahun, pertambahan dari 2% kpd 50% akan memakan masa berapa lama pula?
Jika tidak ada DEB mustahilkah ekonomi Melayu berkembang mengikut kadar progress yg natural? Melayu bkn bodoh dan bkn respurceful. 

Melayu bkn tidak mahu kerja kuat. Yg malas tetaplah malas tapi yg rajin dan layak utk dpt justifiable rewards tetap ada. 

Pemimpin Umno mempromosikan Melayu lawan dgn org Cina. Mereka tidak sebut bahawa rakan kongsi mereka ialah bangsa Cina. Pemimpin Umno tidak sebut bahawa majoriti project delivery partner (PDP) dlm usaha melaksanakan ETP terdiri dari bkn Melayu. 

Project Wellness Village oleh Country Heights yg menelan belanja RM3.2 billion diberi pada bangsa Cina. Projek MRT dipenghulukan oleh syarikat milik Cina GAMUDA dgn dibantu oleh proksi Umno, Syed Mokhtar Bukhari. 

Melayu bangsawan dan atasan boleh bermuafakat dgn bangsa Cina tetapi Melayu bawahan dianggap tiada keupayaan utk bekerjasama dgn bangsa Cina? 

Oleh yg demikian, pimpinan Umno BN tidak perlu berretorik dgn ungkapan "pemerkasaan ekonomi org Melayu kerana apa yg sebenarnya telah terjadi adalah pemerKOSaan ekonomi org Melayu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.