PUTRAJAYA:
Datuk Suhaimi Ibrahim, bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil dibebaskan dengan ikat jamin mahkamah pagi ini
selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam
tadi, lapor MalaysiaGazette.
Beliau
ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan program 1Azam
yang dikhaskan membantu golongan berpendapatan rendah.
Suhaimi dengan tangan bergari dibawa keluar dari bangunan SPRM kira-kira 8.15 pagi ke Kompleks Mahkamah Putrajaya.
Sementara itu, sebanyak sepuluh kenderaan mewah milik Suhaimi turut dirampas SPRM.
Antara kenderaan yang dirampas ialah Toyota Alphard, Vellfire, Camry dan Volkswagen Golf GTI.
Kereta-kereta tersebut diletakkan di Kompleks D Bangunan SPRM.
Nasib
baik ada title latuk dan ahli politik... Tak payah dijamin oleh orang
lain & letak ribu ribu duit jaminan. Kalau kasim bin kulup tu dah
dah kena dah walaupun di syaki mencuri RM1.
Originally Posted by irsaffy/CariGold Forum./17 Sep 2013 11:45am
SPRM rampas 10 kenderaan mewah pembantu Shahrizat
KUALA
LUMPUR: Seorang bekas pembantu kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil,
yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu
dibebaskan pagi ini.
Lelaki
berpangkat datuk itu ditahan oleh SPRM Jumaat lalu berhubung dakwaan
terlibat dalam penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan untuk membantu
golongan berpendapatan rendah.
Beliau yang juga bekas Adun dan bekas presiden sebuah NGO belia dibebaskan dengan ikat jamin pagi ini.
Sementara itu, SPRM dilaporkan turut merampas sebanyak sepuluh kenderaan mewah milik lelaki tersebut.
Antara kenderaan yang dirampas ialah Toyota Alphard, Vellfire, Camry, Volkswagen Golf GTI dan mosikal berkuasa tinggi.
Program
1Azam adalah program dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga
dan Masyarakat Malaysia dilancar ketika Shahrizat menjadi menteri.
Program ini dijalankan oleh Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan pendapatan mereka yang tergolong dalam golongan miskin.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.