Saya membaca muka hadapan
Sinar Harian hari ini 15 September
2013 yang memuatkan tajuk besar PAKATAN RUGIKAN PAS? dengan memetik ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib yang dikatakan meminta Majlis Syura Ulama mengkaji semula Tahaluf Siyasi (Persefahaman Politik) dalam Pakatan Rakyat.
Saya tidak menghadiri Multaqa
Ulama yang diadakan di Kota
Sarang Semut semalam sekalipun
saya benar-benar berhasrat untuk
hadir. Keuzuran dan situasi
kesihatan menghalang saya untuk
hadir ke program yang saya
sifatkan sangat bermakna itu.
Justeru, saya tidak mendengar
sendiri ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat seperti yang dilaporkan oleh akhbar. Berkemungkinan ia hanya ulasan akhbar dan bukannya ucapan sebenar beliau ataupun sememangnya dipetik dari ucapan beliau, wallahulam.
Walau bagaimanapun, suka untuk
saya memberikan respon terhadap tajuk yang digunakan di muka hadapan Sinar Harian iaitu
PAKATAN RUGIKAN PAS? Perlu
dijelaskan bahawa penyertaaan
PAS melalui Tahaluf Siyasi di dalam Pakatan Rakyat bukannya
diputuskan oleh beberapa individu sahaja. Ia diputuskan oleh keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui
Muktamar Tahunan PAS yang
berlangsung selepas pilihanraya
umum 2008.
Saya melihat keputusan ini tidak
sekali-kali silap bahkan ia lebih
membawa PAS ke hadapan pentas
politik di Malaysia. Lebih bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada non Muslim dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh UMNO.
UMNO bukan setakat menjauhkan
bukan Islam daripada Islam
bahkan menjauhkan orang Islam
sendiri dari memahami agama
mereka.
Senjata UMNO ialah perkauman,
lambang UMNO ialah keris tidak
bersarung, politik UMNO ialah
politik samseng jalanan, sampai
bila-bila non Muslim tidak akan
melihat keindahan Islam melalui
cermin mata politik UMNO yang
penuh dengan habuk kebangsaan.
Di dalam Pakatan Rakyat,
pendekatan Islam yang dibawa
oleh PAS tidak pernah ditentang.
Pemimpin-pemimpin DAP
khususnya seringkali datang ke
pejabat saya berbincang sentiasa
tentang nilai-nilai Islam. Ada yang
datang mengungkapkan istilah-
istilah perundangan syarak yang
kadang-kadang pemimpin UMNO
sendiri pun barangkali tidak
pernah bersua dengan istilah
sebegini. PAS wajib melangkah ke hadapan.
Pengalaman sebagai gerakan Islam yang telah berusia lebih setengah abad wajar mengajar PAS bahawa untuk terus relevan di pentas politik negara, PAS wajib memahami suasana politik. Selagi tidak bertentangan dengan prinsip asas syariat, jangan mengurung PAS di dalam kandang pemikiran yang kita sendiri cipta.
PAS membawa nama Islam di dalam perjuangannya, maka wajiblah ke atas PAS untuk
mempersembahkan Islam dengan
wajah terbaik kepada masyarakat
Malaysia.
Saya mendegar pengalaman Yang
Berhormat Speaker Dewan
Undangan Negeri Kelantan yang
baru pulang dari lawatan kerja di
Johannesburg, Afrika Selatan.
Katanya di sana zakat turut
diberikan oleh orang Islam kepada bukan Islam. Di Malaysia, di bawah asnaf muallaf, hanya orang yang baru memeluk agama Islam menerima zakat. Sedangkan
muallaf juga boleh jadi seorang
non muslim yang hampir lembut
hatinya untuk memeluk Islam dan
juga seorang non muslim yang
sangat tegar memusuhi Islam
namun jika diberikan zakat,
permusuhannya itu kendur.
Ini sebagai contoh bagaimana ada
aspek pengamalan Islam secara
praktikal di Malaysia masih belum
tepat dengan wajahnya yang
sebenar. Inilah yang perlu dibaiki
dan PAS wajib memainkan
peranan. Saya yakin, jika Islam
difahami dengan baik tanpa
gangguan daripada pihak-pihak
yang berkepentingan, ia akan
diterima dengan mudah tanpa
sebarang syak wasangka oleh
rakan-rakan daripada non Muslim.
Di sinilah letaknya misi sebenar
PAS di dalam Pakatan Rakyat.
Benar, kita ingin memburu
kemenangan di dalam pilihanraya,
tetapi juga perlu diingat PAS
sebagai gerakan Islam juga
memikul tanggungjawab dakwah
yang besar di pentas politik.
Justeru, keberadaan PAS di dalam
Pakatan Rakyat sekali-kali bukan
merupakan langkah yang silap,
bahkan ia merupakan langkah
yang sangat tepat dengan realiti
politik negara.
Tahniah kepada para ulama yang
bermultaqa semalam. Harapan
saya agar ia dapat menguatkan
iltizam kita semua di dalam
memperkukuhkan PAS sebagai
parti politik yang berdasarkan
Islam. Berhubung kedudukan PAS
di dalam Pakatan Rakyat, jika
mahu dikaji, silakan. Tetapi kaji
hanya untuk penambahaikan,
bukan kaji untuk mengundur ke
belakang. Kaji untuk berundur ke
belakang hanyalah memberikan
pelampung kepada UMNO yang
sedang kelemasan.
Sekian.
Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am PAS.
Bertarikh : 9 Zulkaedah 1434H
bersamaan 15 September 2013M
KGB
Tahalluf Syiasi PAS bersama PAKATAN RAKYAT dibuat berlandaskan Sirah Nabawiyah dan jau berbeza dengan kerjasama dalam Komponen BN,
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.