Saya ingin berkongsi ubat alternatif bagi melancarkan semula perjalanan darah di jantung yang sempit atau tersumbat, atau yang perlu membuat bypass.
Resepi bagi ubat alternatif ini diberikan oleh seorang kawan,
yang mendapatkan resepi ini daripada seorang Cina yang lanjut usia, tapi
masih sihat.
Kawan saya yang telah lama
mengidap penyakit jantung dan sepatutnya membuat bypass, tidak jadi
buat bypass setelah mengamalkan ubat alternatif ini. Mudah-mudahan ramai
pesakit jantung lain sihat semula selepas mengamalkan ini, in sya
Allah.
Ramuan
45 g cendawan hitam putih (kering)
10-14 buah kurma merah
8 hirisan panjang halia (2 cm/hirisan)
Caranya
Rebus semua bahan di atas dengan 4 liter air (lebih kurang 8 mangkuk air) dengan api yang sangat perlahan selama 3-4 jam, sehingga airnya tinggal 1 mangkuk (2 gelas). Minum airnya 1 gelas pagi dan 1 gelas petang.
Nota: Air rebusan hendaklah dibuat sekali untuk sekali minum. Air rebusan ini in sya Allah dapat membuka saluran darah yang tersumbat atau sempit.

Bagi orang yang mempunyai salur darah di jantung
yang sempit atau tersumbat, amalkan setiap hari. Sebagai langkah
pencegahan, air rebusan ini juga elok diamalkan oleh orang yang
mempunyai paras kolesterol yang tinggi, mungkin dibuat seminggu sekali
(tak perlu buat hari-hari).
Semoga info ini bermanfaat untuk semua yang ingin mencubanya.
Semoga info ini bermanfaat untuk semua yang ingin mencubanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.