KOSMO : Seorang pelatih berumur 18 tahun dipercayai dibunuh di kem
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Muadzam Shah, Pahang kerana
dikatakan memotong barisan semasa sarapan pagi pada Ahad lalu.
BANGKOK POST: Seorang lelaki dibunuh dua remaja selepas dia memotong barisan untuk mengambil makanan buat anaknya dalam satu upacara keagamaan di Chiang Mai.
Dua remaja yang berdiri di belakangnya berang dengan tindakan itu dan seorang daripadanya mengelar tengkuk mangsa dengan serpihan kaca. -(2013/02/25).

Mengapa harus membunuh untuk sepinggan makanan? Inikah keperibadian
untuk pewaris kita?
Tidak cukupkah ilmu lebih 10 tahun yang dituntut dibangku sekolah? Rakan-rakan ku, sama-sama kita check anak-anak kita...bantu mereka, bimbinglah mereka. Sayang sangat diusia muda terpaksa merengkok di penjara kerana ‘marah sepinggan nasi lemak’!
Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan syaitan yang dijadikan daripada api. Oleh itu ingatlah api itu boleh dipadamkan dengan air.
Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan pada anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang 'membara' akibat marah itu.
Bagi mengubati penyakit marah ini, Islam mengajar umatnya menahan diri ketika marah dan sabar apabila melawan hawa nafsu yang meluap-luap itu. Antara langkah untuk mengawal dan mendidik diri supaya lebih bersifat tenang:
# Cuba pertimbangkan keadaan yang menyakiti hati itu. Fikirkan sama ada kemarahan kita itu mempunyai alasan kukuh atau tidak.
# Jangan menyalahkan orang lain. Beri tumpuan kepada punca sebenar yang mencetuskan kemarahan kerana ia mungkin juga berpunca daripada diri kita sendiri.
# Perbaiki keadaan selepas kita berada dalam keadaan tenang dan terkawal. Jangan lepaskan kemarahan kepada orang lain semata-mata kerana tidak puas hati dengan individu lain.
# Dapatkan rehat dan tidur secukupnya selain makan makanan berkhasiat kerana apabila badan letih, ia akan menyebabkan seseorang itu lebih cepat naik marah.
# Amalkan senaman ringkas selama beberapa minit setiap hari bagi mengurangkan ketegangan.
# Jadi seorang pendengar yang baik. Sifat orang pemarah adalah dia sangat sukar mendengar pendapat orang lain kerana merasakan tindakan serta pendapatnya mengatasi orang lain.
# Jauhi amalan yang menjadi punca perkelahian seperti suka merendah-rendahkan, memperlekeh serta mengherdik orang lain lalu digantikan dengan sifat memuliakan orang.
Banyak-banyaklah bersabar...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.