Followers

Thursday, September 12, 2013

Hijab Selebriti Indonesia, Macam K'jaan Sekular M'sia/Indo.. Posted by Ibnu Hasyim

 

HALAMAN HIBURAN
RAMAI yang terkejut apabila Dewi Persik tidak ketinggalan mengenakan hijab. 

JIKA di Malaysia, ramai yang mengkritik penampilan selebriti- selebriti yang berhijab kerana menyarung pakaian ketat dan mengikut badan. Namun, lain pula di Indonesia apabila beberapa selebriti seksi mengambil keputusan untuk berhijab.
Demikian lapor Kosmo! Online hari ini.

"Bagaimanapun, hijab mereka cuma seketika iaitu pada bulan Ramadan, selepas mengerjakan umrah atau haji atau ketika membawakan watak berhijab." kata Kosmo lagi.
 

 

Rossa
Antanya, disebutkan, penyanyi Rossa, selebriti yang dikritik hebat oleh peminat- peminatnya kerana membuka hijab. Pelantun lagu Ayat-Ayat Cinta itu hanya mengenakan hijab selama dua bulan selepas menunaikan haji pada 12 Oktober tahun lalu. Ujarnya, dia hanya berniat untuk berhijab selama 40 hari dan kemudiannya melanjutkan niatnya itu sehingga dua bulan.

ROSSA kelihatan manis ketika dalam tempoh mengenakan hijab.

Julia Perez
Sebanyak 20 filem lakonan Julia Perez atau Jupe menonjolkan sosok tubuhnya. Begitupun, Jupe kemudiannya memuat naik gambarnya mengenakan hijab di laman sosial Twitter. Ramai peminat yang memuji perubahan bintang seksi itu. Bagaimanapun, Jupe hanya mengenakan hijab pada bulan Ramadan sahaja atau ketika membawakan peranan berhijab dalam sesebuah filem.

Dewi Persik
Pelakon Dewi Persik juga seperti Jupe apabila mengenakan hijab sekali dalam setahun iaitu semasa bulan Ramadan. Ketika mula-mula Dewi mengenakan hijab, ramai yang terkejut dengan perubahan pelakon yang penuh dengan kontroversi itu.

Cinta Penelope
Selama ini, penyanyi Cinta Penelope begitu terkenal dengan penampilan seksi. Bagaimanapun, selepas berkahwin dengan vokalis kumpulan Debu, Mustafa, Cinta berubah secara drastik. Dia tidak lagi memakai pakaian seksi, malah ketika bulan Ramadan, Cinta sering kali dilihat mengenakan hijab lengkap demi menghormati bulan mulia itu.

Trio Macan
Kumpulan Trio Macan yang dianggotai oleh Ifa, Lia dan Dian tidak akan beraksi seksi di pentas nyanyian semasa bulan Ramadan. Ini kerana menjelang Ramadan, ketiga-tiga mereka mengambil keputusan untuk menyarung hijab. Perubahan penampilan Trio Macan itu akhirnya membuahkan hasil apabila mereka terpilih menjadi salah seorang penyampai anugerah AMI Award 2012.

Donita
Bekas kekasih kepada pelakon terkenal, Randy Pangalila iaitu Donita juga memakai hijab ketika membawa peranan ustazah dalam sinetron Kami Bukan Malaikat. Malah, selama proses penggambaran tersebut Donita tidak membuka hijabnya. Bagaimanapun, selesai sahaja penggambaran, Donita menjalani kehidupannya seperti biasa tanpa menyarung hijab.

Nuri Maulida
Terkenal menerusi filem Me vs High Heels, Nuri Maulida mengambil keputusan untuk memakai hijab selepas mengerjakan umrah.

Begitulah kira-kira..

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak hairan selebriti Indonesia, pakai-buka, pakai-buka hijab mereka. Kerana mereka ikut kerajaan sekular mereka. Tengok tv-tv mereka, lepas baca Quran terus keluar gambar telanjang.(kasiyatun ‘ariyatun ) Bulan puasa sikit-sikit ma'aruf, lepes puasa all mungkar! Ada masjid, ada tempat pelacur, ada sirap, ada kencing syaitan (beer), ada saham judi, ada saham akhirat dan ada macam-macam.

Kerajaan Malaysia pun begitu, 2X5, kerana satu hala tuju, satu guru, iaitu iblis! Lihat isteri PM Malaysia pun, sekejap pakai tudung, sekejap tidak.Apa lagi kuncu-kuncunya. Guru kencing berlari, anak muridnya pecut terus!! Berlinanglah maksiat. Keluarga puak-puaknya berbogel (kasiyatun ‘ariyatun ) pun ada. Na'uzubillhi min zalik.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.