Pemimpin yang sama juga dipilih dalam Pemilihan Semula Jawatankuasa
Eksekutif Pusat (CEC) DAP seperti diarahkan Pendaftar Pertubuhan (RoS)
dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari mendapat undi
majoriti lebih besar membuktikan DAP bukanlah satu parti anti-Melayu.
Beliau merupakan satu-satunya calon Melayu dipilih menganggotai 20
keahlian CEC. Zairil Khir mendapat undi 1,132 undi mendapat tempat ke-12
berbanding pemilihan Disember lalu yang hanya mendapat 803 undi.
Isu yang berkisar kepada pemimpin berusia 31 tahun itu menarik perhatian
perwakilan apabila berlaku masalah teknikal apabila beliau dipilih
mengaanggotai CEC.
Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong masih mendapat undi tertinggi dengan
1,434 diikuti pemimpin veteran Lim Kit Siang dengan 1,436 dan Karpal
Singh (1,432).
Anak Karpal, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo masih mendapat undi
keempat tertinggi dengan 1,409 undi sementara Ketua Menteri Pulau Pinang
Lim Guan Eng mengekori rapat dengan 1,304 undi. ~the malaysian insider
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.