Gua terpanggil untuk mengulas ISU diatas kenyataan Presiden PAS Tuan
Guru Hj Hadi Awang berkenaan KESEDIAAN beliau untuk BERBINCANG PELBAGAI ISU
dengan Umno namun SYARAT nya ia berlandaskan Al-Quran, Hadis, Ijma'
Ulama' dan Qias... banyak juga Blog-Blog Pro Pakatan Rakyat (PR) telah
menjatuhkan HUKUMAN BERSALAH keatas Presiden PAS tersebut terutama nya
situkar tiub tu... PERSOALAN nya dimana SALAH nya kenyataan dari Presiden PAS tersebut... apa ke salah kalau PERBINCANGAN tersebut dilakukan secara TERBUKA dan bukan nya TERTUTUP... beliau juga tidak mengatakan perbincangan bagi membentuk KERAJAAN PERPADUAN beb...
...Kalau beliau mengatakan perbincangan bagi MEMBENTUK KERAJAAN PERPADUAN boleh lah dikatakan SALAH... dan gua secara TERBUKA menyatakan TIDAK BERSETUJU walaupun 10 kali UMNO MAMPOS seperti tahun 1986... sekadar BERBINCANG bagi PERMASALAH RAKYAT rasanya tak secara langsung ai menjurus kepada salah satu CABANG DAKWAH... sama ada Pemimpin ISI PERUT UMNO tersebut hendak MENERIMA atau pun MENOLAK itu terpulang lah kepada PERTIMBANGAN KEPALA OTAK dia orang beb... namun mengatakan yang Presiden PAS adalah SALAH rasanya adalah KURANG ADIL di masa Politik Negara menuju ke ERA BARU.
Ditambah lagi kalau ianya juga hendak dilakukan oleh KETUA PEMBANGKANG Datuk Seri Anwar Ibrahim... dan semesti nya kalau Anwar BOLEH kanapa HADI tak boleh beb... jangan memberi ULASAN yang KURANG ADIL kepada sesama Pemimpin PR hanya kerana ianya bukan Anwar yang melakukan... kalau Anwar yang buat semua boleh... itu seperti lah TAK KURANG LEBIH dari PERANGAI yang ada pada ISI PERUT UMNO beb... ia itu apabila Pemimpin yang DISUKAI melakukan sesuatu semua nya SETUJU TANPA PREJUDIS dan bila Pemimpin yang TAK DISUKAI melakukan semua nya SALAH... come on lah beb... jangan lah ada PERANGAI ISI PERUT UMNO pada Penyokong PR.
Secara PERIBADI gua pun TAK SETUJU dengan Perbincangan tersebut atas sebab UMNO adalah PENGKHIANAT kepada PERSAHABATAN dan PERSETUJUAN sejak dari DULU KINI dan mungkin SELAMA nya... namun untuk mengatakan yang HADI SALAH tanpa pula menyebut yang ANWAR TIDAK bila hendak BERBINCANG dengan Pemimpin Umno memang TAK ADIL lah beb... kalau nak kata HADI SALAH sepatut nya kata juga yang ANWAR pun SALAH baru lah ADIL beb... macam mana kita hendak MENUNTUT supaya Umno yang tiada dalam KAMUS hidup Umno perkataan ADIL untuk berlaku ADIL... sedangkan kita sendiri pun TAK ADIL dalam menjatuhkan HUKUMAN.
Itu sebab nya beb gua katakan Pemimpin PR ni ada masa BODOH tak boleh di AJAR dan PANDAI tak boleh di IKUT... kerana itu juga lah semasa HARI PENAMAAN CALON pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lalu telah terjadi MALAPETAKA BERTANDING SESAMA PR... ini kenyataan nya gua tak kira siapa yang melakukan... cuma gua akan cuba SEDAYA UPAYA ADIL dalam MENGHUKUM Pemimipin PR... memang lah PERIT untuk MENGKRITIK Pemimpin yang kita SANJUNG... namun harus di ingat PEMIMPIN adalah KULI BATAK kepada RAKYAT dimana hendak menjadi Pemimpin bukan nya DIPAKSA tetapi secara SUKA RELA. sumber SH
hemmmmm..... mungkin ada sahabat-sahabat dari pr yang tidak setuju akan pandangan dari gua ni... seperti biasa itu adalah hak lu orang beb... cuma gua yang bodoh ni tak nak sampai seperti penyokong umno yang bebal melantun-lantun tu ok... kah kah kah !. ABU
Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.