Benarkah
Nik Aziz Kini Menerima Rawatan Kanser Prostat Tahap 4? Apakah benar
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini menderita
sakit kanser prostat pada tahap ke-4?
Itu adalah maklumat yang disampaikan kepada portal ini oleh sumber yang rapat kepada parti PAS.
Untuk
mendapatkan gambaran sebenar terhadap apa yang disebarkan, sebuah
portal telah berusaha mendapatkan komen anak beliau Nik Mohamad Abduh.
Nik
Abduh ketika ditanya sama ada benar berita menyatakan bapanya menghidap
kanser tahap 4, beliau hanya menyatakan ia satu khabar yang tidak
disahkan oleh doktor.
Apa-apa pun, beliau menyeru agar semua pihak mendoakan kesihatan bapanya.
"Saya
harap semua rakyat malaysia pakat-pakat mendoakan ayahanda semoga
beliau sihat dan dapat terus berkhidmat untuk agama dan negara,
insyaAllah," ujarnya yang ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan
Duta Kuala Lumpur, pagi tadi.
Merujuk
kepada penyakit sebenar yang dihidapi, Nik Abduh berkata bapanya sudah
beberapa jatuh sakit namun kali ini masalah yang dialami ialah sukar
membuang air kecil.
Sebelum ini, bapanya pernah mengalami masalah jantung dan biasa mengadu sakit perut apabila tersalah makan.
Untuk rekod, kesukaran membuang air kecil sebenarnya adalah antara tanda terpenting kepada penyakit kanser prostat.
Nik
Aziz Nik Mat yang menerima rawatan di Hospital Universiti Sains
Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan dibenarkan keluar dari hospital
berkenaan seminggu lalu dan kini sedang berehat di rumah.
Beliau bagaimanapun namun masih berada di bawah pemantauan hospital.
Nik Abduh berkata, keadaan bapanya bertambah baik dan ceria. Begitu pun beliau akan dirujuk semula ke HUSM sehari dua lagi.
"Doktor
nasihatkan jangan banyak bergerak. Kali ini beliau dengar nasihat,
duduk rumah dan tak banyak keluar. Biasa susah sikit sebab beliau
sentiasa sibuk," ujarnya.
Berikutan itu, keluarga kurang menggalakkan tetamu mengunjungi bapanya buat masa ini.
#Sebelum ini tersebar berita palsu mengatakan Tok Guru Nik Aziz sakit tenat. Mynewshub
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.