Pada 2 September 1998 Anwar Ibrahim telah dibuang dari menjadi timbalan
perdana menteri oleh Mahathir Mohamad. Anwar dilucutkan dari semua
jawatan kerajaan. Malah Anwar juga telah ditendang dari menjadi ahli
parti United Malays National Organisation.
Riak dan tanda-tanda Anwar akan ditendang ini telah lama kelihatan. Macam sekah menunggu runtuh - macam tayar menunggu pancit. Perbalahan dalaman antara Anwar Ibrahim dengan Mahathir Mohamad kelihatan jelas. Pemerhati politik yang rapi telah melihat bahawa nafas Anwar semakin tersekat sebagai anggota gerombolan Ketuanan Melayu.
Setahun sebelum dari tarikh Anwar kena tendang saya telah meramalkan dengan jelas. Pada ketika itu tuan pengarang majalah Times edisi Asia - John Comley telah menemubual saya. Ini untuk majalah Times yang merancang untuk menjadikan Anwar ‘cover issue'. Saya memilih untuk ditemubual di sebuah kedai kopi di Jalan Petaling.
Tuan Pengarang dari Hong Kong ini mahu memahami latar tentang Anwar ketika menjadi aktivis pelajar dan juga ketika belajar di Kolej Melayu. Sebenarnya ramai yang tersilap. Saya tidak seangkatan dengan Anwar Ibrahim. Anwar ‘senior' saya di Universiti Malaya dan di Kolej Melayu.
Saya hanya dapat berkisah dan menerangkan kepada tuan pengarang bahawa si Anwar ini sebelum menjadi Islam dia menjadi Melayu dahulu i.e Anwar memimpin Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) sebelum ke Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dan Abim.
Ketika saya masuk ke UM - yang saya lihat hanya ‘cakaran-cakaran' dipapan tanda dalam Bahasa Inggeris yang telah dicakar oleh penyokong Anwar yang menentang pengunaan BI dalam Universiti Malaya. Anwar Ibrahim dan PBMUM adalah pendesak dan pemangkin penggunaan Bahasa Melayu dalam UM. Ini fakta sejarah.
Sebelum tamat temubual tuan pengarang telah meminta saya meramalkan apakah Anwar akan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Saya tidak menjawab dengan segera. Lalu si John ini mengulangi katanya.
"Mister Rais, let's take a bet would Anwar be the next Prime Minister?" Saya senyap tidak menjawab. Tuan Pengarang meneruskan lagi "Let's bet a house..." Saya menerangkan yang saya tidak ada rumah. Dengan cepat tuan pengarang menyampuk ‘ your mum's house'. Nah, ertinya kami bersetuju untuk bertaruh. Saya dengan rumah arwah ibu saya di Jelebu. Tuan Pengarang Times dengan rumahnya entah dimana.
"Mister Comley... Anwar has lots of political enemy, therefore he is NOT the next Prime Minister". Dalam bahasa Melayunya saya berkata ‘Tuan Comley, si Anwar ini banyak musuh politik saya yakin dia tidak akan menjadi Perdana Menteri'. Inilah jawapan yang saya berikan secara jujur kepada pengarang Times Magzine. Ini lebih satu tahun sebelum 2 September 1998. Yang lainnya telah menjadi sejarah.
Ramalan saya tepat walaupun saya baru sahaja 2 tahun pulang ke Malaysia setelah berkelana di luar negara selama 20 tahun. Kenyataan saya kepada majalah Times berdasarkan pemerhatian saya terhadap apa yang dengar dan baca tentang perkembangan politik ketika itu.
Pada 2 September 1998, saya duduk di Bukit Robson, Taman Seputeh. Saya tidak ada telefon bimbit. Dalam pukul 10 pagi telefon rumah berdering. Di hujung sana ialah suara Datuk Zahid Hamidi yang berkata.
"Sham... Anwar telah kena buang... pukul lima nanti akan keluar berita rasmi..." Saya kemudian memukul telefon dan memberitahu Syed Husin Ali. Jawapan Syed Husin agak lucu... "Mengapa cepat sangat kena buang..."
Saya tidak tahu apa yang harus saya lakukan. Saya baru mula mengenal Malaysia dan tidak ramai kawan. Jauh sekali kawan politik. Saya tahu ini maklumat penting dan besar. Maklumat negara. Lalu saya teringatkan seorang kawan pelajar undang-undang dari UIA yang saya kenali kerana dia murid tua Kolej Melayu. Saya pun menelefon si Mamat ini. Pada ketika itu si Mamat ini berada di kampungnya di Selama.
"Mamat.. kalau hang nak jadi bomoh besar dan diyakini orang kampung, sila pergi ke kedai kopi di kampung hang. Hang dok diam-diam kemudian buka cerita. Terangkan pada orang kampung bahawa seminggu dua ini, hang dapat mimpi yang pelik-pelik. Mimpi terakhir, hang nampak Anwar Ibrahim ditendang oleh Mahathir.
"Hang cerita hal ini pada orang kampung. Mesti mereka tak percaya tapi pada jam lima nanti mereka akan yakin bahaww di Selama telah ada Bomoh Muda..." Ini yang saya lakukan. Tetapi si Maamt ini tak mahu jadi bomoh, dia ingin menjadi peguam.
Tepat jam lima petang semua media telah berkumandang melaporkan bahawa Anwar Ibrahim bukan lagi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Anwar telah ditendang oleh Mahathir Mohamad kerana salah laku seksul. Anwar dikatakan telah 'menyutut' pemandu kereta isterinya. Saya hanya tersenyum kerana 'sutut menyutut' ini hanyalah pengolahan persetujuan. Ada belalai yang besar di belakang buntut Azizan.
Anwar dibuang pada hari Rabu. Malamnya ada mesyuarat kabinet. Saya difahamkan TIDAK ramai ‘kawan lama Anwar' yang berani bersuara. Semua menikus. Mustahil gerombolan penyamun akan berani menuduh orang lain mencuri. Saya juga difahamkan dari pita rakamkan yang saya dengar tentang bagaimana Ibrahim Ali telah memulakan tujahan menibai Anwar pada malam itu. Semua ini sejarah.
Esoknya saya terbaca bagaimana eletrik dan air di rumah rasmi timbalan perdana menteri telah dipotong. Amat jelas bahawa si Mahathir Mahamad ini tidak memiliki rasa kemanusiaan. Eletrik dan air pun dipotong untuk memaksa Anwar meninggalkan rumah kediaman resmi.
Tetapi saya amat hairan, walaupun tindakan Mahathir dilihat di luar batasan dan dilihat amat zalim tetapi si Anwar masih lagi berkata bahawa "Mahathir mentor saya... Mahathir saya anggap sebagai ayah..dan, dan, dan..." Anwar pada minggu pertama masih berlunak dengan Mahthir.
Untuk saya kenyataan Anwar sedemikian kerana Anwar pada minggu pertama setelah dibuang si Anwar ini masih menyimpan harapan bahawa dia akan diterima kembali untuk menjadi pemimpin gerombolan Ketuanan Melayu.
Para pengkaji sejarah jika membuka kembali akhbar di era ini akan melihat bagaimana sedikit demi sedikit Anwar mula berubah. Pencerahan mula sampai ke pundak Anwar yang telah dibonsaikan.
Selama 16 tahun gerombolan United Malays National Organisation telah membonsaikan fikrah Anwar bin Ibrahim. Pencerahan ini mula membuka mata Anwar bahawa rejim zalim ini wajib dilawan dan dijatuhkan.
Saban malam ribuan anak-anak muda berkampung di rumah Anwar di Bukit Damansara. Sudut pidato dibuka untuk orang ramai menyatakn sokongan. Segala jenis manusia datang. Ada yang datang dengan jujur kerana ingin tahu apa yang berlaku hingga kepada para pembodek.
Dalam suasana pencerahan inilah muncul perkataan ‘Mamak Bendahara'. Para pembodek ini merasakan dalam seminggu dua ini si Mamak Kitul akan jatuh. Jika Mamak Bendaha jatuh maka para pembodek ini akan menjadi barisan terhadapan sebagai juak yang akan mendapat projek dan Pink Form dari Anwar Ibrahim.
Klimak dari Himpunan Bukit Damansara ialah Perhimpunan 19 September di Masjid Negara yang kemudiannya beralih ke Dataran Merdeka. Di Dataran secara rasmi Anwar melafazkan laungan REFORMASI dengan slogan Lawan Tetap Lawan. Slogan lawan tetap lawan ini dengan serta merta menjadi semboyan untuk menyeru orang ramai bagun melawan memusuh yang bernama United Malays National Organisation.
Pada petang 19 September saya berada di Masjid Negara dan juga di Dataran Merdeka. Sokongan orang ramai terutama anak-anak muda terhadap Anwar cukup ampuh. Kebencian orang ramai terutama Orang Melayu terhadap Mahathir Muhamad amat jelas. Undur Mahathir Undur - telah menjadi slogan untuk menumbangkan Mahathir.
Demo pada petang Sabtu itu cukup ramai. Malah saya sendiri ternampak seorang bekas Bendahari gerombolan Ketuanan Melayu yang sama berdemo. Saya juga difahamkan Khir Toyo juga telah turut sama berdemo.
Sosok dari genre ini turun ke Dataran pada petang itu dengan bacaan bahawa ‘tidak lama lagi Mahathir akan jatuh'. Inilah yang mereka harapkan. Bila Mahathir jatuh mereka akan kenduri kendara menjarah harta kekayaan negara seperti yang telah mereka lakukan selama 16 tahun ketika Brother Anwar dalam kerajaan.
Pada malam 20 September Anwar ditangkap. Esoknya pagi Isnin saya turun ke mahkamah di hadapan Dataran untuk melihat Anwar dibawa ke mahkamah. Gagal. Anak-anak muda mula berdemo. Pagi itu bermulalah pesta ‘gas pemedih mata' yang tidak putus-putus menyerang anak-anak muda dan orang ramai.
Pada pagi inilah saya mula melihat Mak Cik dan Pak Cik yang tak pernah berdemo - yang saya baca TIDAK akan berdemo kini telah turun berdemo. Dari pemerhatian saya demo awalan ini spontan, tidak terarah dan tidak tersusun. Demo minggu pertama in datang dari hati sanubari orang Melayu yang melihat Anwar Ibrahim telah dizalami oleh Mahathir Muhamad. Justeru mereka marah dan turun berdemo.
Akbar dan media terus membongkar 'skandal seksual' Anwar Ibrahim. Diberitakan Anwar telah melanggan dari Korea, dari Mexico. Paling memeranjatkan ialah citarasa Anwar yang meminati perempuan India yang berbulu kaki. Semua berita-berita yang saya sebutkan ini ada selamat tersimpan dalam Arkib Negara.
Terlalu ramai berita ‘perempuan yang dilanggan oleh Anwar'. Berita sedemikian telah memaksa kakak saya dari Jelebu menelifon dan bertanya "Sham... macam mana Anwar ni... Ramai sangat..." Saya tidak menjawab.
Saya hanya mendengar kekecewaan kakak saya. Kerana pada masa ini saya hendaknya sangat berjumpa John Comley. Saya telah menang pertaruhan. Pengarang majalah Times seharusnya memberi saya sebuah rumah. Hishamuddin Rais

adios
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.