Followers

Thursday, September 5, 2013

Aidil, Rita Sah Bercerai


Seremban: Mahkamah Rendah Syariah di sini mensabitkan lafaz cerai luar mahkamah yang dibuat pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 24, terhadap isterinya, pelakon, Rita Rudaini Mokhtar, 36.

Hakim, Hamizan Mohd Nor memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan yang diberikan Rita dan Aidil semasa prosiding berlangsung.

Aidil dalam keterangannya mengaku menghantar satu SMS kepada Rita pada 4 Ogos lalu bahawa dia menceraikan isterinya itu dengan talak satu kira2 antara jam 4 hingga 5 petang.

Aidil turut mengaku SMS itu dihantar dalam keadaan waras dan sedar tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.

Rita dalam keterangannya juga mengaku menerima SMS itu dan membalasnya dengan perkataan 'Alhamdulillah' berserta simbol senyum.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.