Followers

Friday, September 6, 2013

Adnan Yaakob Pernah Bantu Nik Aziz..?

Photo: Friday, September 6, 2013.

Adnan Yaakob Pernah Bantu Nik Aziz..
                                                                         
Untuk beberapa jam saya terhutang janji dengan penjengok blog saya kerana tidak menyambung catatan di beberapa majlis hari raya yang saya kunjungi khasnya cerita bagaimana saya berjumpa dengan Menteri Besar Pahang Adnan Yaacob. Ramai yang mula menjebeh mulut atau garu kepala bila menyebut nama Adnan Yaacob. Karektor dan stail MB Pahang ini kurang disenangi khas oleh  pembangkang. Beliau juga dianggap tidak ada idea geliga?

Makan semeja kebetulan yang menyeronokkan. 
Kenyataan-kenyataan politiknya yang rakus dan sombong menyebabkan orang berbulu atau meluat melihat wajahnya. 

Misalnya janjinya akan memotong telinga sekiranya dia kalah dalam pilihan raya lalu dilihat satu ketakabulan dan cakap besar MB berkenaan. Beliau dilihat seolah-olah lupa kepada ketentuan Tuhan Azajawala.

Bukan itu sahaja aksinya semasa pilihan raya kecil Sanggang di mana beliau melakukan isyarat lucah memperli Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat, meninggalkan kesan psikologi dijiwa banyak orang. Kejadian-kejadian atau kenyataan-kenyataan sinis begitulah menyebabkan Adnan Yaacob dicemuhi walaupun tidak dimusuhi.

Saya sendiri tidak pernah berpelung untuk duduk dan bercakap-cakap dengan MB yang sudah lebih 15 tahun memerintah Pahang ini. Jadi tidak banyaklah yang boleh saya bercerita mengenainya. Seperti orang lain juga, saya melihat Adnan dari lurah dan sudut media massa, menerusi akhbar dan telivesyen sahaja. 

Menilai kenyataan-kenyataanya serta melihat gerak karektornya di tv. Bahkan tidak pernah pun saya bersalaman dengannya apa lagi duduk semeja makan atau minum.

Paling dekat saya melihat MB ini ialah semasa perlancaran ECER Wilayah Pantai Timor di Kelantan oleh Abdullah Ahmad Badawi enam atau tujuh tahun lepas. Ketika itu beliau duduk sebaris dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz atas kapasiti mereka berdua menteri besar negeri masing-masing.

Karektor semulajadi Adnan.

Walaupun begitu tidak bermakna saya tidak menilai sosok ini. Dia MB sudah tentu ada dalam minda kita semua. Meskipun dia dicemuhi tetapi dia tetap juga dinilai dari segenap jerung yang boleh secara adil dan saksama.

Hari itu bukan niat saya untuk berjumpa dengan beliau dan duduk semeja. Tetapi kerana tuan rumah (restoran) di mana majlis hari raya itu diadakan yang juga adiknya meminta saya duduk bersama Adnan jadi saya akur untuk demi menghormatinya. 

Saya rasa kokok mulanya kerana kerana belum biasa. Saya mengira tentu ada hikmahnya. Apa lagi hari itu adalah majlis berhari raya. 

Mungkin ada gunanya kalau saya duduk dan besembang-sembang dengannya. Setidak-tdiaknya saya boleh bertanya mengenai Umno dari sudut pandangannya dan juga kerjayanya dalam politik selama ini.

Jadi saya duduklah. Adnan Yaacob bukan seperti mana yang disangka. Rupanya dia seorang yang lacat dan peramah. Tidak sedikit pun dia menunjukkan ralat apabila bersalam dengan saya. Beliau menerima seperti sudah lama mengenali saya. "Oh MSO...," katanya mesra. Saya terkejut dengan penerimaan Adnan dan cara dia melayani saya.

Tidak ada muqadimah atau takruf panjang lebar untuk mencari keserasian di antara kami. Kami berbual seperti sudah kenal dan berjumpa berkali-kali. 

"Saya selalu baca tulisan you.. selalu," ujarnya. Pengakuan itu walaupun mungkin ianya hanya basa basi, menyebabkan saya jadi tergaman kerana ada juga sesekali saya membiadas dan menngutuknya di dalam blog. 

Tetapi beliau tidak mengungkit apa yang saya katakan ini menggambarkan dia seorang yang terbuka. "Banyak yang you tulis betul tetapi ada juga yang meleset.." ujarnya lagi.

Dalam pengamatan rengkas saya ke atas Adnan pada pertemuan itu, saya dapat merumuskan beliau seorang yang suka berterus terang tidak tahu menjimatkan kata-kata. Orang sebegini biasanya tidak akan menyimpan dendam. 

Apa yang hendak dikatakan dilepaskan. Dia juga berkata apa yang hatinya hendak kata. Dia yakin dengan apa yang dia kata tanpa mempedulikan apakah orang terima atau tidak.

Misalnya mengenai ulasan beliau terhadap Umno apabila diajukan mengenai Umno. Katanya Umno sudah rosak dan punah. Umno tidak boleh diselamatkan lagi. Kalau hendak selamat Umno bukan dengan cara membaiki, menukar pemimpin itu dan ini, tetapi semua Umno itu sebab ia sudah rosak.

"Ibarat sebuah rumahlah... tidak boleh direpair lagi, baiki atap, tiang dan dinding tetapi seluruh struktur Umno itu hendaklah dihancurkan dan bina baru," katanya memberi perumpamaan dengan nada serius.

Jelas pendapat beliau itu kasar dan menyakitkan hati orang Umno mendengarnya tetapi itulah hakikat dan apa yang beliau lihat yang sedang menimpa Umno kini. Jarang seorang pemimpin berani berkata demikian apa lagi di hadapan umum, tetapi ia tidak menjadi perkara memalukan bagi Adnan Yaakob. 

Itu sebab saya mengatakan beliau seorang berterusan terang dan jujur dengan karektornya.

Begitu juga masa memberi reaksi pertanyaan saya mengenai cadangan Anwar Ibrahim kepada Najib Razak agar memanggil dialog untuk perpaduan, beliau menjawab, "kalau Anwar masuk semula ke dalam Umno tak dan beberapa hari Najib akan terkeluar." 

Jawaban itu mencerminkan karektor Adnan yang tidak menyembunyikan sesuatu.

Selain itu saya lihat Adnan seorang yang pengasih dan prihatin. Hari itu kebetulan dia membawa seorang cucunya. Dari jauh lagi saya sudah melihat dia memimpin tangan cucunya itu. 

Dia seorang datuk yang baik. Walaupun isterinya disebelah, tetapi dialah yang 'mengasuh' cucu lelakinya, diberi makanan dan disapu-sapu mulut cucunya setiap kali cucu lelaki itu makan. 

Karektor yang tertunjuk pada masa itu dapat saya menggambarkan mengenai hubungan Adnan dengan keluarganya dan juga rakyat.

Terlanjur mencerita hal Adnan ini saya ada sesuatu yang sudah lama termaklum oleh saya. Cerita ini agak kontras dengan karektor dan zahiriah Adnan yang nampak rakus dan sombong itu. Kalau tuan tubuh sendiri tidak menceritakan saya tidak percaya. Ia mengenai jasa kecil Adnan kepada Tokguru Nik Aziz.

Tokguru ada bercerita dengan saya mengenai karektor dua orang MB yang selalu membantu dan bercakap-cakap dengannya semasa menghadiri mesyuarat majlis raja-raja. Dua menteri besar itu ialah Adnan Yaakob (Pahang) dan seorang lagi Shahidan Kassim (Perlis). 

Menurut Tokguru, Shahidan selalu bercanda dengannya menggunakan bahasa Arab. "Suka sangat dia berbahasa Arab dengan ana, kadang ana tak faham bahasa Arab yang digunakan," cerita Tokguru.

Manakala Adnan pula menurut Tokguru selalu membantunya membawa beg minit mesyuarat. "Bila dia tenguk ana macam tak larat dia minta tolong bawanya hingga masuk ke bilikmesyuarat.". 

Cerita ini lama sudah diberi tahu Nik Aziz, dah dua kali berulang.. ini bernunjukkan beliau menganjungi bantuan Adnan.

Saya bertanya Adnan mengenai hal ini. "Datuk, Tokguru Nik Aziz ada menceritakan hal Datuk kepada saya...," kata saya. Adnan agak terkejut, "hal apa?" soalnya.

"Yang Datuk tolong bawah begnya semasa mesyuarat majlis raja-raja," jelas saya.

"Oh itu... iya saya bawa begnya kerana nampak berat.. kesian dia sudah tua. Saya hormat dia sebagai orang tua dan tok guru," akui Adnan. Mendengar itu saya merasa sungguh bahagia dengan apa yang beliau lakukan. Betapa tidak ada juga MB yang simpati dan mahu berkawan dengan tokguruku.

"Dua kali Tokguru menjceritakan perkara ini kepada saya," tekan saya lagi. Adnan hanya diam. "You jumpa dia selalunya?" tanyanya pula. "Kalau jumpa sampaikan salam saya," Adnan mengirim salam.

Cerita hal Adnan oleh Tokguru dan pertemuan saya dengannya itu mengubah persepsi saya kepada Adnan. 

Kalau pun tidak semua tetapi sebahagiannya. Iya mengenalkan saya siapa Adnan dari segi watak dan hatinya. Di antara watak dan hatinya jauh berbeza. Kenapa saya berkata begitu, ada orang bersifat baik, penuh berhemat tetapi dalam masa yang sama menghenyek bekas MB Kelantan itu.

Mengakhiri perbulan dengan Adnan dimeja makan hari itu, saya melontarkan satu soalan; "Datuk agaknya siapa yang akan menjadi pengganti Datuk?" 

Beliau tidak menjawab secara jelas cuma menyebut, ramai yang dia sudah grow kan untuk menjadi penggantinya. Saya tekannya apakah Sarkar Shamsuddin, tetapi beliau tidak menjawab sekali lagi mengulangi, "ramai".

"Kalau you senang datanglah ke Kuatan boleh kita bersembang, banyak yang saya nak ceritakan fasal politik bangsa, datang.." pelawanya sama sekali saya tidak sangka dengan ajakannya itu. Insya-Allah kalau ada masa lapang dan keperluan saya akan mengunjungi MB Pahang itu. 

Ohnya beliau juga menjelaskan beliau memang sudah buat keputusan untuk tidak bertanding kerusi Majlis Tertinggi Umno dalam perhimpunan kali ini kerana inin memberi peluang kepada orang muda.

Tetapi apabila saya mahu kepastikan, apakah ia muktamad dia hanya diam tak menjawab. Pulak? [wm.kl.11:11 am 06/09/13]

Posted by mso.im Untuk beberapa jam saya terhutang janji dengan penjengok blog saya kerana tidak menyambung catatan di beberapa majlis hari raya yang saya kunjungi khasnya cerita bagaimana saya berjumpa dengan Menteri Besar Pahang Adnan Yaacob. 
 
Ramai yang mula menjebeh mulut atau garu kepala bila menyebut nama Adnan Yaacob. Karektor dan stail MB Pahang ini kurang disenangi khas oleh pembangkang. Beliau juga dianggap tidak ada idea geliga?

Posted by mso.im

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.