Followers

Sunday, September 29, 2013

Adakah ini Bala Allah !! Mesjid runtuh lagi....

 
Satu demi satu kejadian runtuhan bangunan sering berlaku di negeri yang sinonim dengan penyu , adakah ini bala dari Allah kerana kerakusan mereka meruntuh masjid Bujal sedikit masa dahulu.

Pagi semalam [ sini ] di beritakan sebuah Masjid di Kampung Terbauk, Bukit Tunggal, Kuala Terengganu, Terengganu yang baru siap dibina oleh Kerajaan UMNO/BN telah runtuh dibahagian siling , mujur tiada kemalangan jiwa berlaku.

Bukan nak tunding salah kepada sesiapa , memang kejadian seperti ini sudah ketentuan Allah dan sebagai seorang muslim kita kena redho dan percaya kepada qada dan qadar Allah,

Tetapi kita kena renung dan kaji apa sebab musabab kenapa runtuhan seperti ini sering berlaku di negeri Ganu.

Apakah ada unsur penyelewengan atau kelalaian dalam disetiap urusan pembinaan di sana? 

Harap yang berkenaan siasat akan fenomena pelik di negeri Ganu Darul runtuh ini agar unsur usur atau elemen elemen rasuah tidak berlaku didalam setiap projek yg di jalankan .



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.