Menziarahi Tuan Hj Suhaimi Said, beliau banyak membantu KOBAT terutamanya KOBAT FM |
Petang semalam (01 Ogos 2013) saya bersama SUK PKR Pahang, Sdr Adnan
telah sempat ke Hospital Temerloh untuk menziarahi Pengerusi Biro
Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, Tuan Hj Suhaimi Said yang juga Ahli
MPP merangkap Ketua Cabang PKR Kuala Krau.
Tuan Haji Suhaimi telah ditahan di wad selama lebih kurang 5 hari yang
lalu akibat penyakit yang asalnya sukar untuk diketahui puncanya.
Sebelum ini berbagai rawatan telah beliau lakukan termasuk secara
tradisional yang berterusan sehingga hari ini.
Semalam, saya difahamkan
oleh beliau bahawa doktor telah dapat mengenalpasti penyakitnya iaitu
ada kaitan dengan tulang yang mengakibatkan beliau selalu merasa teramat
sakit dan badan menjadi lemah.
Sewaktu kami menziarahi beliau, istarinya, Puan Hendon turut berada
disisi beliau yang menemaninya sepanjang beliau ditahan di wad. Anak
perempuan beliau juga, seorang peguam turut berada di sisi. Beliau
kelihatan lebih bermaya dan dikatakan berselera untuk menjamah makanan
berbanding sebelum ini.
Dua hari yang lalu, Pengerusi MPN Pahang yang
juga MP Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman bersama Datin turut
menziarahi beliau. Turut menziarahi beliau sebelum ini ramai juga di
kalangan pimpinan PKR Negeri termasuk AJK-AJK Cabang K.Krau dan sahabat
karib beliau.
Meskipun masih berada di wad, Tuan Hj Suhaimi masih mahu bercerita
tentang politik yang nampaknya tidak boleh dipisahkan dari
kehidupannya. Beliau mahu agar PKR terutamanya di Cabang K.Krau terus
berusaha dan giatkan usaha tanpa menanti beliau kembali. Muka-muka baru
perlu dicari sebagai pelapis bagi meningkatkan prestasi PKR di K.Krau,
katanya.
Melihat keadaan beliau, saya yakin beliau akan kembali semula ke K.Krau
menerajui parti di peringkat Cabang seterusnya memperkuatkan PKR Negeri
Pahang terutamanya. Sebab itulah saya amat memahami mengapa Pengerusi
PKR Pahang, YB Dato' Fauzi masih enggan menerima perletakan jawatan Tuan
Hj Suhaimi atas faktor kesihatan beliau kini kerana masih meyakini Tuan
Hj Suhaimi masih kuat dan gagah untuk terus bersama menumbangkan rejim
Umno/Bn di Negeri Pahang ini, khususnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.