Followers

Sunday, August 11, 2013

Zahid Hamidi Buat Onar Lagi ? - Posted by Addin Deen

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan berdasarkan perkiraan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdapat kira-kira 266,000 penjenayah yang bermaharajalela di dalam negara berikutan pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) pada 2011.

Katanya, angka itu diperoleh berdasarkan 2,600 suspek yang dibebaskan dari Penjara Simpang Renggam yang berhubung dengan 10 orang kanan mereka yang menjadikan jumlah 26,000 dan mengukuhkan lagi pengaruh mereka apabila bertemu dengan 10 pemimpin kanan lain yang menjadikan jumlah keseluruhan seramai 260,000 orang.

Beliau menjelaskan secara holistik, statistik jenayah menurun tetapi terdapat peningkatan jenayah berat atau dipanggil jenayah indeks selain jumlah anggota polis dan aset yang mesti ditambah namun belum dapat dilaksanakan.

“Pihak pembangkang tidak melihat implikasi di sebalik pemansuhan EO dari segi langkah pencegahan termasuk bagaimana hendak menangani tahanan yang dibebaskan dari Simpang Renggam. 

Mereka sekarang berada 'di pasaran', soalnya apa sumbangan pembangkang?“Mereka tidak berasa bertanggungjawab apabila berlaku jenayah sebaliknya meletakkan kembali kesalahan itu kepada kerajaan. Pembangkang juga tidak berasa terusik jika ada sebarang kelemahan pelaksanaan undang-undang kerana beranggapan ia tanggungjawab kerajaan.

“Dalam keadaan ini, jangan terperangkap dengan taktik pembangkang, seolah-olah cadangan itu baik tetapi akhirnya cadangan tersebut memerangkap kerajaan sendiri,” katanya semasa diwawancara Mingguan Malaysia, akhbar mingguan Utusan Malaysia hari ini.

The Malaysian Insider melaporkan pada hari raya pertama empat insiden tembakan berlaku dalam masa 24 jam dengan dua di Pulau Pinang dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak.

Seorang lelaki cedera parah akibat terkena tembakan yang dilepaskan dua suspek bermotosikal di Chemor, Perak.Kejadian berlaku kira kira 11.45 malam apabila dua suspek bermotosikal dilihat menghampiri kereta mangsa dan melepaskan enam das tembakan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan berdasarkan perkiraan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdapat kira-kira 266,000 penjenayah yang bermaharajalela di dalam negara berikutan pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) pada 2011.

Katanya, angka itu diperoleh berdasarkan 2,600 suspek yang dibebaskan dari Penjara Simpang Renggam yang berhubung dengan 10 orang kanan mereka yang menjadikan jumlah 26,000 dan mengukuhkan lagi pengaruh mereka apabila bertemu dengan 10 pemimpin kanan lain yang menjadikan jumlah keseluruhan seramai 266,000 orang.

Beliau menjelaskan secara holistik, statistik jenayah menurun tetapi terdapat peningkatan jenayah berat atau dipanggil jenayah indeks selain jumlah anggota polis dan aset yang mesti ditambah namun belum dapat dilaksanakan.“Pihak pembangkang tidak melihat implikasi di sebalik pemansuhan EO dari segi langkah pencegahan termasuk bagaimana hendak menangani tahanan yang dibebaskan dari Simpang Renggam. 

Mereka sekarang berada 'di pasaran', soalnya apa sumbangan pembangkang?“Mereka tidak berasa bertanggungjawab apabila berlaku jenayah sebaliknya meletakkan kembali kesalahan itu kepada kerajaan. Pembangkang juga tidak berasa terusik jika ada sebarang kelemahan pelaksanaan undang-undang kerana beranggapan ia tanggungjawab kerajaan.

“Dalam keadaan ini, jangan terperangkap dengan taktik pembangkang, seolah-olah cadangan itu baik tetapi akhirnya cadangan tersebut memerangkap kerajaan sendiri,” katanya semasa diwawancara Mingguan Malaysia, akhbar mingguan Utusan Malaysia hari ini.

The Malaysian Insider melaporkan pada hari raya pertama empat insiden tembakan berlaku dalam masa 24 jam dengan dua di Pulau Pinang dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak.

Seorang lelaki cedera parah akibat terkena tembakan yang dilepaskan dua suspek bermotosikal di Chemor, Perak.Kejadian berlaku kira kira 11.45 malam apabila dua suspek bermotosikal dilihat menghampiri kereta mangsa dan melepaskan enam das tembakan.

Sementara itu, di Pulau Pinang pada jam 11.30 pagi, seorang lelaki ditembak sekurang-kurangnya 10 das tembakan oleh seorang suspek ketika mangsa sedang berhenti di lampu isyarat Jalan Anson. Mangsa dikatakan memandu kereta dengan nombor pendaftaran Kuala Lumpur.Sehari sebelum Hari Raya, seorang peniaga telefon bimbit cedera parah selepas ditembak lelaki yang menyerbu masuk ke rumahnya di Taman Pondok Labu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim DSP Chin Soo Song berkata kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam setelah beberapa minit lelaki berusia 26 tahun itu sampai ke rumahnya.

Dua lelaki memakai topi keledar tiba-tiba menyerbu masuk ke dalam rumah lalu melepaskan satu das tembakan yang mengenai bahagian belakang bahu kiri peniaga itu.Kedua-dua penyerang itu kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal. 

Semasa kejadian terdapat enam anggota keluarga peniaga itu di dalam rumah dan mereka menghantarnya ke Hospital Kulim dan keadaannya kini dilaporkan stabil. ~the malaysian insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.