Followers

Sunday, August 4, 2013

YB KJ Tolak Undang Undang Penahanan Tanpa Bicara !

SEREMBAN - Tumpuan seharusnya diberikan kepada usaha meningkatkan kemampuan dan kecekapan anggota keselamatan terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani kadar jenayah dan bukannya memperkenalkan satu undang-undang baharu.   
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar semasa memberikan pandangan itu berkata, perkara itu termasuk memahirkan lagi PDRM dalam siasatan jenayah dan meningkatkan kemudahan teknikal pasukan itu...
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, pasukan polis sebenarnya telah mempunyai kuasa yang agak besar di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959
yang membenarkan mereka membuat tahanan reman terhadap mana-mana suspek jenayah.  
Katanya, sekiranya satu undang-undang baharu perlu diperkenalkan sekali pun, ia tidak boleh mengandungi elemen penahanan tanpa perbicaraan kerana ia
melanggar prinsip dalam perlembagaan.    

Selain itu, Khairy berkata perkara penting yang perlu diambil kira adalah mengenai perlindungan kepentingan dan keselamatan saksi jenayah.....

Sumber SH 3 Julai 2013.....

SEREMBAN - Tumpuan seharusnya diberikan kepada usaha meningkatkan kemampuan dan kecekapan anggota keselamatan terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani kadar jenayah dan bukannya memperkenalkan satu undang-undang baharu.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar semasa memberikan pandangan itu berkata, perkara itu termasuk memahirkan lagi PDRM dalam siasatan jenayah dan meningkatkan kemudahan teknikal pasukan itu...


Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, pasukan polis sebenarnya telah mempunyai kuasa yang agak besar di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang membenarkan mereka membuat tahanan reman terhadap mana-mana suspek jenayah. 


Katanya, sekiranya satu undang-undang baharu perlu diperkenalkan sekali pun, ia tidak boleh mengandungi elemen penahanan tanpa perbicaraan kerana ia
melanggar prinsip dalam perlembagaan. 


Selain itu, Khairy berkata perkara penting yang perlu diambil kira adalah mengenai perlindungan kepentingan dan keselamatan saksi jenayah.....

Sumber SH 3 Julai 2013.....

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.