Sepuluh individu yang mendakwa mereka pewaris Yang di-Pertuan Agong,
ditahan ketika berhimpun di Pintu 1, Istana Negara di sini kira-kira
pukul 4 petang Isnin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supt Aida Abdul Hamid berkata
mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita itu berpakaian
serba hitam dan menaiki tiga buah kereta.“Kumpulan ini mendakwa mereka
dari Kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan
datang ke istana kerana mendakwa mereka adalah pewaris Agong yang sah.
“Tangkapan termasuk rampasan kesemua kereta dibuat oleh ketua balai
polis Jalan Travers dan dibawa ke balai Travers,” katanya kepada
pemberita, di ibu negara.
Menurut Aida, tidak ada senjata ditemui ketika pemeriksaan polis
terhadap kereta yang dirampas, kecuali 13 bendera bertulisan jawi dan
beberapa helaian watikah baiah (perakuan sumpah).
Katanya, semakan awal mendapati tujuh daripada mereka berasal dari Melaka, Perak dan Kedah.
Aida berkata siasatan mendapati antara ajaran kumpulan itu ialah
mendakwa dua kalimah syahadah sedia ada tidak sah dan anggota baharu
diwajib berbaiah (bersumpah) serta mengucap kalimah syahadah yang baharu
di hadapan ketua yang bergelar ‘Tuanku’. ~bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.