Followers

Wednesday, August 28, 2013

VIDEO - Siapa dia tentera Quraish dari Suku Kalb yang akan menyerang Imam Mahdi dalam hadis Rasulullah s.w.t. ?




Siapa dia tentera Quraish dari Suku Kalb yang akan menyerang Imam Mahdi dalam hadis Rasulullah s.w.t. ?

Sehingga kini masih terdapat perbezaan pendapat tentang dimana duduknya Najd ada yang berpendapat di Saudi ada yang kata di Iraq ada yang kata ianya simbolik kepada tempat yang lebih tinggi dari yang lain. Wallahualam.

Dalam perkembangan terkini yang berlaku di Mesir Sheikh Imran telah dapat mengenal pasti bayangan "Tanduk Syaitan dari Najd" itu sudah pun semakin jelas kelihatan. Hari "sehari seperti seminggu" itu kian hampir.

---- Pesanan dan Mesej dari Sheikh Imran [terjemahan sahabat Al-Kahfi]---

Assalaamu 'alaikum!

Kajian saya di dalam Ilmu Akhir Zaman membolehkan saya memahami tentang tindakan berani dan terburu-buru (seakan cuai) Kerajaan Saudi yg mengenepikan pihak Ikhwan al-Muslimoon sebaliknya memberikan sokongan penuh kepada pihak Tentera Mesir.

Penjelasan saya ialah, zaman Pax Americana sekarang sedang berakhir, dimana pihak Washington telah diperkecil-kecilkan dengan menerima tamparan hebat dari Kerajaan Saudi yang telah membantah arahan mereka secara terang2an yg dilakukan secara terancang, lantas meletakkan Kerajaan AS di dalam dilemma yang amat mengejutkan.

(kebingungan, terpinga-pinya dengan tindakan Saud)

Hakikat dari peristiwa ini menunjukkan (secara nyata dan terang)

bahawa Kerajaan Saudi bukanlah lagi 'budak suruhan' yang selama ini patuh pada tuannya ; Amerika.
Bahkan ianya jauh lebih daripada itu.


Hakikatnya, Rejim Saudi sedang berkhidmat untuk sang Dajjal yang sedang memasuki Peringkat Fasa Ketiga di mana satu hari seperti seminggu dan zaman Pax Judaica(Zionis) sekarang akan cuba menggantikan zaman Pax Americana (sebagai kuasa,pemerintah dunia). Dan, Arab Saudi sedang memainkan peranan yang aktif (dan terlibat secara langsung) dalam memastikan hasrat 'peralihan kuasa' ini tercapai..

Inilah sebenarnya hakikat " Tanduk Syaitan dari Najd "
Salam kasih,

Imran N. Hosein


p/s: Petikan video diambil dari ceramah sheikh bertajuk 'Imam Mahdi dan akhir zaman" yang dibentangkan di Subang Jaya pada tahun 2011 yang saya sendiri alhamdulillah sempat hadir sama. Kredit video asal oleh icemaker1990.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.