Sebelum
korang saksikan video ropakan disiang hari ditepi jalanraya yang sibuk
dengan kenderaan yang lalu lalang ini, baca dulu apa kata Zahid Hamidi
mengenai jenayah yang jelas meningkat kebelakangan ini..
Seperti
kebanyakkan pencacai-pencacai UMNO yang mempersalahkan Pakatan Rakyat
berikutan dengan kes tembak yang berleluasa kini, Zahid Hamidi juga
bertindak demikian.
Menurutnya
kini terdapat kira-kira kira-kira 266,000 penjenayah yang
bermaharajalela di dalam negara berikutan pemansuhan Akta Ordinan
Darurat (EO) pada 2011 hasil desakan Pakatan Rakyat..
Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan berdasarkan
perkiraan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdapat kira-kira 266,000
penjenayah yang bermaharajalela di dalam negara berikutan pemansuhan
Akta Ordinan Darurat (EO) pada 2011.
Katanya,
angka itu diperoleh berdasarkan 2,600 suspek yang dibebaskan dari
Penjara Simpang Renggam yang berhubung dengan 10 orang kanan mereka yang
menjadikan jumlah 26,000 dan mengukuhkan lagi pengaruh mereka apabila
bertemu dengan 10 pemimpin kanan lain yang menjadikan jumlah keseluruhan
seramai 260,000 orang.
Beliau
menjelaskan secara holistik, statistik jenayah menurun tetapi terdapat
peningkatan jenayah berat atau dipanggil jenayah indeks selain jumlah
anggota polis dan aset yang mesti ditambah namun belum dapat
dilaksanakan.
“Pihak
pembangkang tidak melihat implikasi di sebalik pemansuhan EO dari segi
langkah pencegahan termasuk bagaimana hendak menangani tahanan yang
dibebaskan dari Simpang Renggam. Mereka sekarang berada 'di pasaran',
soalnya apa sumbangan pembangkang?
“Mereka
tidak berasa bertanggungjawab apabila berlaku jenayah sebaliknya
meletakkan kembali kesalahan itu kepada kerajaan. Pembangkang juga tidak
berasa terusik jika ada sebarang kelemahan pelaksanaan undang-undang
kerana beranggapan ia tanggungjawab kerajaan.
“Dalam
keadaan ini, jangan terperangkap dengan taktik pembangkang, seolah-olah
cadangan itu baik tetapi akhirnya cadangan tersebut memerangkap
kerajaan sendiri,” katanya semasa diwawancara Mingguan Malaysia, akhbar
mingguan Utusan Malaysia hari ini.
Dalam
hal pemansuhan Akta Ordinan Darurat biarpun ianya menurut Zahid adalah
hasil desakan Pakatan Rakyat, namun apa yang kita perlu tahu bahawa
Najib telah menafikan pemansuhan akta ini diciplaknya dari agenda
Pakatan Rakyat.
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak menepis dakwaan bahawa langkah kerajaan
memansuhkan akta ISA adalah "hasil perjuangan" Pakatan Rakyat.
Sebaliknya langkah berkenaan merupakan keputusan yang dibuat oleh BN "kerana kita dengar isi hati rakyat yang mahu perubahan."
"Jadi
jangan ada orang hendak 'claim credit' kononnya pengumuman itu adalah
hasil perjuangan mereka." Beliau berkata demikian sebagai mengulas
reaksi segera yang ditimbulkan pemimpin Pakatan sebaik beliau membuat
pengumuman tersebut pada malam Khamis lalu.
Pemimpin
Pakatan antara lainnya mendakwa, langkah memansuhkan ISA merupakan
salah satu usaha yang digariskan dalam manifesto Buku Jingganya.
Malah,
kata Najib, pemansuhan akta itu juga dijalankan untuk memenuhi janji
beliau semasa mengambil alih sebagai perdana menteri ~ Malaysiakini
Kini
apabila jenayah berleluasa Zahid Hamidi tiba-tiba meletakkan puncanya
kepada Pakatan Rakyat pula, sedangkan Najib telah bermati-matian
mendakwa itu adalah idea beliau bukannya idea Pakatan Rakyat..
Siapa agaknya yang menasihatkan Zahid untuk menyalahkan Pakatan Rakyat pula dalam hal ini.. Bangang sungguh dia..
Berikut
adalah video yang memaparkan rompakan yang berlaku disiang hari ditepi
sebuah jalan yang sibuk dikatakan telah berlaku di Johor..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.