WARTAWAN SINAR HARIAN
Nurul Izzah Anwar
JAKARTA – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengakui
sebagai ahli Parlimen dari parti pembangkang, beliau bergantung pada
bajet yang minimum.
Menurut Izzah, menjadi ahli Parlimen bukanlah cabang untuk mencari lebihan pendapatan.
Izzah berkata demikian kepada media Indonesia ketika ditemui di pejabat Kontras, Menteng, Jakarta Pusat, semalam.
“Setiap tahun saya menolak bajet bernilai RM1.5 hingga RM 2 juta yang ditawarkan.
“Saya memilih untuk menggunakan anggaran peribadi yang sering membuat
saya mengalami defisit setiap bulan,” kata Izzah yang dipetik dari Viva
News.
Dengan cara itu, ia dapat menjadi latihan yang baik bagi setiap ahli
politik di Malaysia agar tidak selalu berorientasi kepada wang apabila
berkhidmat sebagai ahli Parlimen.
“Sehingga anda harus sedar bahawa menjadi ahli Parlimen bukan dijadikan
pentas untuk mendapatkan dana tambahan yang menguntungkan diri,”
katanya.
Izzah yang juga Naib Presiden PKR juga mengakui lega berada dalam
pakatan pembangkang kerana tidak ada satu projek yang masuk melaluinya
kerana semua projek masuk melalui Kementerian Wilayah Persekutuan.
“Paling penting bukan soal duit tapi bagaimana anda membuat kempen yang
kreatif dan inovatif sehingga menarik hati rakyat yang menjadi calon
pengundi anda,” katanya.
Ketika ditanya soal hidup sebagai anggota pakatan pembangkang, Izzah mengaku sangat sukar.
“Kami tidak diberikan akses kepada media dan pelbagai tuduhan masih menghantui kami,” katanya.
KedahLanie
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.