selamat...................http://www.youtube.com/watch?v=ZxgSdrjhXJo&feature=youtu.be
Merujuk kepada kes Pengasas Arab Malaysian Bank Berhad, Hussain Ahmad Najadi, 75, ditembak mati semalam dan kes tembakan ke atas Pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan Sabtu lalu, menunjukkan lemahnya kawalan keselamatan di negara ini.
Pembunuh,penyamun dan perompak: Berkolar biru atau putih sama sahaja darjatnya.

Apa benarkah kita berada di dalam sebuah negara yang aman? Benarkah seperti yang dinyatakan oleh Jahid negara kita adalah negara yang mempunyai tahap keselamatan yang tinggi? Apakah yang dikatakan oleh bekas ketua polis bimbang dengan tahap jenayah yang begitu tinggi dan menakutkan itu tidak benar?
Apakah Jahid berjaya untuk menurunkan ‘crime perception index’ seperti yang beliau tekankan itu? Ketua Polis Negara pula bermatlamatkan untuk menurunkan ‘crime perception index’ itu kepada 50% dari 54.4% sekarang. PDRM sedang menambah kekuatannya dengan menambah bilangan motosikal serta peralatan yang lain serta menambah bilangan anggota dalam jangka masa yang terdekat ini. Ini semuanya untuk membenteras kegiatan jenayah yang berlaku dijalanan, kawasan-kawasan perumahan dan pusat beli belah di seluruh negara.
Tetapi persoalannya, kenapa kegiatan jenayah yang bertambah parah pada hari ini berlaku? Ia tentunya bersebab dan jenayah bunuh, rompak, pecah rumah, ragut dan yang lain-lain itu bukannya berlaku dengan tanpa sebab. Kes rogol dan bunuh sudah menjadi isu hari-hari sekarang ini. Malah banyak pula kes bunuh yang tidak dilaporkan dengan terjumpanya mayat-mayat mangsa bunuh di merata-rata di negara kita ini. Baca sahaja akhbar arus perdana setiap hari dan kita akan sedar yang kes bunuh, rompak, rogol dan jenayah yang lain berlaku setiap hari.
BUNUH,ROMPAKAN,KECURIAN SERT5A PECAH RUMAH AMAT BERKAITAN DENGAN EKONOMI RAKYAT.
Oleh kerana rakyat sudah menjadi rakyat
yang sedang menghadapi kenaikan kos kehidupan dengan kenaikan harga
barangan dan perkhidmatan seharian. Keadaan ini tidak boleh selesai
dengan memberikan BR1M setiap lima tahun semasa pilihanraya sahaja.
Persoalannya sekarang, benarkah negara kita ini sebuah negara yang aman dan selamat untuk didiami? Kadar jenayah yang gila ini amat menekan kehidupan rakyat terutamanya di kawasan-kawasan kediaman. Di kawasan kediaman saya sendiri berlaku jenayah rompakan, ragut serta pecah rumah agak selalu dan ada yang dicederakan oleh perompak yang menyerbu masuk ke rumah mereka tanpa mengira waktu setiap minggu.
Rakyat sentiasa dalam keadaan tertekan dan terpaksa menumpukan tenaga dan waktu menjaga keselamatan rumah dan keluarga masing-masing. Memang pun setiap orang mesti menjaga keselamatan masing-masing tetapi kadar jenayah yang keterlaluan tingginya ini membuatkan rakyat menghadapi tekanan hidup yang amat mendesak.
Kita tidak boleh mengaku yang kita sedang hidup dalam negara yang aman damai. Tekanan ini amat memberikan tekanan kepada perasaan dan jiwa rakyat seolah-olah kita berada di dalam sebuah negara yang penuh dengan penyamun dan perompak dan tidak boleh berehat dan hidup dalam keadaan tenang dan damai walaupun di rumah-rumah yang besar.
Negara yang aman ialah negara yang kita jarang-jarang nampak polis dan pegawai keselamatan di merata-rata tempat. Jika kita melawat negara yang benar-benar aman seperti di negara-negara Scandinavia kita jarang-jarang berjumpa dengan anggota polis berkeliaran di mana-mana di dalam bandar atau di luar bandar negara tersebut. Rakyat tidak tahan dengan kehidupan tertekan seolah-olah kita sedang duduk di dalam sebuah negara yang sedang menghadapi peperangan. Rakyat terpaksa menyumbat segala lubang-lubang di rumah untuk menjaga keselamatan masing-masing kerana pada bila-bila masa sahaja pembunuh, penyamun dan perompak akan masuk dan mencederakan kita.
Lagi pun tekanan ini ditambah pula dengan penyamun dan perompak terhadap khazanah negara kita yang tidak nampak akan berakhir sampai bila-bila. Kalau di rumah kita tertekan dengan rompakan dan samunan perompak bersenjata, rakyat juga sedang menghadapi masalah rompakan oleh penyamun kolar putih terhadap khazanah negara mereka.
Pendeknya kita sedang hidup di dalam situasi di mana rompakan dan pembunuhan berlaku di mana-mana dengan berbagai-bagai cara. Ada yang rompakan berkolar biru dan ada yang berkolar putih. Di mana-mana rakyat dirompak dibunuh dan disamun.
Dalam isu rompakan kolar biru ini kita mengharapkan agar pihak berkuasa melipat kali gandakan usaha dengan menambah anggota polis dan jika sudah menambah anggota gunakanlah anggota itu untuk menjaga keselamatan rakyat dan jangan pula menumpukan untuk memantau kegiatan politik parti-parti pembangkang pula.
Menyentuh mengenai dakwaan terdapat anggota polis terlibat dalam sindiket jenayah dan kegiatan haram, Ahli Parlimen Pokok Sena itu menegaskan, kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) harus mengadakan operasi besar-besaran bagi membersihkan institusi polis daripada kegiatan sedemikian.
Kepada kerajaan dan kepimpinan kita berharap kita akan dapat kerajaan yang tidak merompak dan menyamun harta dan perbendaharaan rakyat kerana jika mereka melakukannya juga maka rompakan kolar biru itu tidak mungkin dapat dikurangkan.
Rakyat tidak lagi boleh mengharapkan pihak yang berkuasa untuk memperbetulkan keadaan ini kerana mereka yang diharapkan untuk memberikan keselamatan ini tidak berlaku adil dan tidak melaksanakan tanggungjawab mereka.
Rakyat kali ini tdk yakin lagi BN akan mengambil inisiatif dan bertanggungjawab utk membenteras tindakan penyamun ini kerana mereka sendiri melibatkan diri mereka dalam kerja jenayah ini dalam bentuk kolar putih seperti perlakuan rasuah dan sebagainya..

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.