MACHANG, 27 Julai 2008 (Bernama)
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencadangkan supaya UMNO dan parti itu dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.
Beliau berkata Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan mana-mana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.
"UMNO bubar PAS pun bubar, tubuh parti lain dengan syarat berdasarkan kepada Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan ke-37 di sini, hari ini Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata UMNO tidak ada sebab untuk menolak dasar Islam yang dicadangkan oleh PAS melalui parti itu kerana Islam milik semua kaum termasuk bukan Melayu di negara ini.
"Kalau tidak
kena dengan Islam di mana-mana, cuba beritahu dan kalau UMNO itu benar
dan tidak bertentangan dengan agama cuba beritahu," katanya ketika
mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang
membayangkan kemungkinan diadakan kerjasama politik dengan PAS suatu
masa nanti.
Nik Abdul Aziz berkata dengan cara demikian ia dapat mengembalikan kekuatan Islam di negara ini di samping merapatkan hubungan antara kaum termasuk bukan Islam.
"Islam untuk semua kaum, bukan untuk orang Melayu sahaja atau Cina, India dan Orang Putih, semua perlu bersatu di bawah Islam," katanya.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.