Followers

Wednesday, August 14, 2013

SPR perlu ambil tindakan pihak pertikai keputusan PRU, kata Pengerusi PAC

Photo: SPR perlu ambil tindakan pihak pertikai keputusan PRU, kata Pengerusi PAC
 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengambil tindakan tegas termasuk menimbang mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang berterusan mempertikaikan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 13 bagi menjaga kredibiliti badan berkenaan kata Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu berkata rakyat perlu mengetahui bahawa perjalananan serta keputusan PRU13 diadakan dengan telus serta mendapat persetujuan semua pihak yang bertanding sama ada daripada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR).

"Kini, sudah 100 hari, keputusan PRU13 terus dipertikaikan terutama sekali daripada pembangkang sedangkan penambahbaikan operasi PRU13, turut mengambil kira cadangan daripada Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) berkaitan PRU termasuk penggunaan dakwat kekal serta pengenalan undi awal dan undi pos" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, kenyataan Merdeka Center bahawa keputusan undi awal serta undi pos yang membawa kepada kemenangan BN adalah sesuatu yang tidak adil bukan sahaja kepada SPR malahan kepada pengundi.

Katanya, kenyataan serta statistik yang digunakan badan berkenaan bersifat selektif serta tidak bertanggungjawab kerana ia jelas membelakangkan pilihan pengundi selain keputusan undi awal serta undi pos sudah dipersetujui oleh wakil daripada calon bertanding sama ada daripada BN atau pembangkang.

"Janganlah, terlalu berat sebelah sehingga menampakkan kebodohan sendiri kerana penggunaan undi awal serta undi pos dipersetujui semua calon, keputusannya ditandatangani wakil daripada parti yang bertanding.

"Jadi, di mana letaknya penipuan? Sedangkan ada peratusan undi awal serta undi pos tidak sampai 10 peratus daripada keseluruhan undi, adakah disebabkan keputusan undi ini, mempengaruhi kemenangan BN dalam PRU 13," katanya.

Nur Jazlan berkata, sebagai contoh di kerusi Parlimen Pulai, jumlah undi awal serta undi pos hanya sebanyak 1,612 undi, dan beliau memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti sebanyak 3,226 undi.

Katanya, jika teori Merdeka Center diambil kira, beliau hanya akan memenangi kerusi Parlimen Pulai dengan majoriti tidak sampai 2,000 undi, sekiranya, 88 peratus pengundi golongan berkenaan menyokong BN.

"Jadi bagaimana, Merdeka Center menyatakan Parlimen Pulai antara 22 Parlimen yang dimenangi BN disebabkan faktor undi awal dan pos... ia sesuatu yang langsung tidak tepat," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, sikap pembangkang serta badan yang dilihat propembangkang yang berterusan mempertikaikan keputusan PRU 13 ini, seakan wujud dua 'negara' Malaysia.

Katanya, satu 'negara' Malaysia di Lembah Klang yang pembangkang menang dan tiada sebarang pertikaian mengenai keputusan PRU dan satu lagi 'negara' Malaysia yang mewakili tempat lain, yang keputusannya sering dipertikaikan.

"Sesuatu yang memelikkan, apabila pembangkang berterusan menyatakan bahawa keputusan PRU 13 tidak adil, bermula dengan cubaan membuat demonstrasi jalanan membantah keputusan PRU 13, kemudian menggunakan mahkamah dan menggunakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Bersih untuk mengelirukan rakyat bagi membatalkan keputusan, ia seakan satu agenda untuk 'membasuh' fikiran rakyat untuk menolak kerajaan.

"Segalanya, tidak betul serta tidak benar di pihak kerajaan... jadi adakah kemenangan 89 kerusi Parlimen pembangkang juga suatu penipuan?" katanya. – 13 Ogos, 2013.

The Malaysian Insider.

The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.