Followers

Saturday, August 17, 2013

Siapa Pulak Tuduh Pejabat Perdana Menteri Adakan Perbincangan Kerajaan Perpaduan Dengan Anwar Ibrahim?

 
Setelah beberapa media melaporkan akan adanya tawaran yang telah diberikan oleh pihak Najib kepada Anwar untuk membentuk Kerajaan Perpaduan, tiba-tiba Pejabat Perdana Menteri menafikan mereka mengadakan pertemuan dengan Anwar..

Persoalan yang timbul dengan penfian tersebut di sini ialah siapakah yang telah mendakwa Pejabat Perdana Menteri mengadakan pertemuan itu..

Sedangkan jika kita membaca apa yang didedahkan oleh Asia Sentinel ( di SINI ) dan juga The Edge Review ( di SINI ) langsung tidak disebut bahawa Pejabat Perdana Menteri telah mengadakan pertemuan itu..

Yang didedahkan ialah wakil kepada Najib telah berunding dengan wakil kepada Anwar Ibrahim.

Jadi memanglah Pejabat Perdana Menteri tidak terlibat...

PMO Nafi Adakan Perbincangan Kerajaan Perpaduan Dengan Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan dakwaan mengadakan pertemuan bagi membincangkan isu kerajaan perpaduan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, PMO menegaskan perbincangan mengenai kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutama Anwar serta kepimpinan Pakatan Pembangkang sehingga kini masih tidak dapat menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 dan mempertikai keputusan tersebut.

Beberapa portal berita memetik Anwar telah mengesahkan adanya usaha yang dilakukan oleh Najib ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu "kenyataan politik yang berniat nakal".

Kenyataan itu menyebut, usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU-13 bagi mendapat persetujuan Najib dan Anwar agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihan raya merupakan satu-satunya perjanjian politik yang ada.

Menurut Jusuf Kalla, Anwar telah berhubung dengan beliau sebelum PRU-13 bagi mendapatkan perjanjian politik tersebut dari Najib agar menghormati keputusan rakyat yang mana telah dipersetujui oleh Perdana Menteri.

Namun, Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa berlaku penipuan dalam proses PRU-13. Oleh itu, kenyataan Anwar mengesahkan adanya usaha baru ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu "ciptaan dan rekaan" bagi kepentingan politik pembangkang khususnya ketuanya ~


mStar

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.