Followers

Thursday, August 1, 2013

Raja Petra diperintah bayar RM300,000 kerana fitnah


KUALA LUMPUR - Editor Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin diperintah membayar RM300,000 sebagai ganti rugi kepada peguam terkemuka, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah dalam satu kes saman fitnah terhadapnya, kira-kira lima tahun lalu. 

Perintah tersebut dibuat oleh Penolong Kanan Pendaftar, Farah Hana Hashim di kamar beliau di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Peguam S. Ravindran yang mewakili Muhammad Shafee memberitahu pemberita, jumlah ganti rugi itu termasuk ganti rugi am, ganti rugi keterlaluan dan ganti rugi teladan dengan kadar faedah lima peratus setahun.

Mahkamah juga memerintahkan Raja Petra membayar kos kepada Muhammad Shafee yang akan ditaksirkan kemudian.


Saman itu difailkan oleh Muhammad Shafee terhadap Raja Petra berhubung tindakan penulis blog itu pada 6, 7 dan 11 Ogos 2008 menulis artikel-artikel dalam laman Malaysia Today bertajuk Shafee Abdullah: Sodomologist Extraordinaire, Money, Power and Sex: What Motivated Man dan The Real Dalang Behind The Anwar Sodomy Allegation.

Artikel-artikel itu, menurut Muhammad Shafee, mengandungi fitnah terhadapnya.


- UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=76252:raja-petra-diperintah-bayar-rm300000-kerana-fitnah&Itemid=2#ixzz2af5AgHWh
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.