[Bernama] BUKIT MERTAJAM - Polis telah mengenal pasti kawasan
persembunyian penjawat awam yang menghilangkan diri selepas rakaman CCTV
yang menunjukkan dia membelasah isterinya di dalam lif tersebar di
laman web sosial.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata
polis juga mendapat beberapa maklumat terkini mengenai lelaki berusia 36
tahun yang bertugas di Jerantut, Pahang itu.
"Berdasarkan maklumat yang diperoleh, lelaki itu dipercayai bersembunyi
di sebuah negeri tetapi bukan di Pulau Pinang atau Pahang dan pasukan
kita hanya menunggu masa untuk menahannya.
"Kami percaya dapat menyelesaikan kes itu dalam tempoh terdekat,"
katanya kepada pemberita selepas mengadakan program kepolisan berfrofil
tinggi di sebuah rumah mangsa samun di Kampung Belah Dua, di sini hari
ini.
Rakaman CCTV yang dimuat naik dan disebar secara meluas dalam Facebook
dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya
terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan
menendang mangsa beberapa kali dalam sebuah lif hospital swasta di Bukit
Mertajam dekat sini.
Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.
Mazlan berkata polis telah menjalankan siasatan kes itu selepas wanita
berusia 36 tahun berkenaan membuat laporan polis pada pukul 4.40 Isnin
lepas.
"Saya minta pihak yang mendakwa polis tidak menjalankan siasatan supaya
hentikan tomahan itu, kami jalankan siasatan menurut Seksyen 323 Kanun
Keseksaan selepas mangsa membuat laporan polis," katanya.
P/s: Dalam perkembangan lain, wanita yang menjadi mangsa belasahan suami berserta dua anaknya kini menerima perintah perlindungan interim daripada suaminya.
Duniacacamarba
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.