Followers

Thursday, August 1, 2013

PKR: Kerja pembinaan KKIA cuai, jejas keselamatan orang awam


Kerosakkan di KKIA. Gambar ihsan dari Darrel Leiking, 1 Ogos 2013. 

Kerosakkan di KKIA. Gambar ihsan dari Darrel Leiking, 1 Ogos 2013.Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking mendakwa berlakunya kecuaian dalam kerja-kerja pembinaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sehingga boleh menjejaskan keselamatan orang awam.

Menurut Timbalan Setiausaha Agung PKR itu, melalui aduan yang diterima, kerja-kerja pembinaan di landasan KKIA itu dikatakan banyak melanggar piawaan keselamatan  yang ditetapkan bagi sesebuah Lapangan Terbang.

“Seperti sistem mendarat (ILS) yang diwajibkan pemasangannya bagi setiap landasan namun ketika pembinaan Landasan 2, saya diberitahu ia ditinggalkan dan ia tidak dipasang kembali walaupun kerja pembinaan sudah selesai,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 Menurut Darell, apa yang mengejutkan hasil siasatan beliau sendiri dengan Airmen (NOTAM) mendedahkan sesetengah landasan di lapangan terbang itu tidak dipasang sistem berkenaan.

“Ia amat mengejutkan apabila alat yang begitu penting tidak dipasang di lapangan terbang ini, ILS ini digunakan merupakan panduan bagi juruterbang untuk mendarat dengan tepat," kata beliau lagi.

Darrel memberitahu bukan sahaja alat ILS tidak dipasang tetapi pihak KKIA juga tidak menghabiskan kerja-kerja pembinaan laluan diantara lapangan terbang yang menghubungkan terminal dan hangar.

“Ia merupakan laluan teksi kerja-kerja pembaikan tertangguh begitu saja dan kebanyakkan lampu di laluan itu tidak berfungsi jadi ia pasti tidak selamat , “soal Darrel.

Beliau memberitahu banyak lagi aduan yang terima berhubung pembinaan di KKIA yang sepatutnya tidak boleh berlaku.

“Kita bercakap mengenai soal nyawa apabila mereka abaikan perkara-perkara yang begitu penting tentang keselamatan maka apakah akibatnya nanti.

“Saya juga difahamkan aduan juga dibuat oleh Petronas apabila jalan parameter yang menghubungkan Terminal 1 dan Terminal 2 di lapangan bagi laluan trak minyak Petronas dan Shell tidak berfungsi dengan baik," katanya.

Beliau menggesa pihak KKIA bersama Malaysian Airport Holdings Berhad (MAHB) dan Menteri Pengangkutan juga Jabatan Penerbangan Awam (DCA) segera mengambil tindakan ke atas aduan yang dibuat berhubung tahap keselamatan di lapangan terbang itu.

“Mereka perlu bertindak membuat kajian semula tentang tahap keselamatan dan laporan itu perlu didedahkan bagi kami rakyat benar-benar yakin KKIA ini selamat digunakan." - 1 Ogos, 2013.


The Malaysia Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.