[SH] KOTA BHARU - Seorang penoreh getah maut selepas ditembak dalam kejadian di kampung Telosan, Pasir Puteh di sini pagi tadi.
Kejadian kira-kira jam 4 pagi itu menyebabkan mangsa mengalami
kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia jam 1.20 petang tadi.
Ketika kejadian, mangsa, Amirul Tajo Nasir, 40 sedang minum di sebuah
kedai makan sebelum salah seorang lelaki bertopeng yang menaiki
motosikal melepaskan beberapa das tembakan ke arahnya.
Dalam insiden itu, seorang lagi mangsa, Nuradriana Zakaria, 25, turut mengalami kecederaan di kaki kanan akibat tembakan itu.
Wanita berkenaan bagaimanapun dilaporkan stabil.
Duniacacamarba
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.