Sepanjang tujuh tahun, tidak ada sesiapa yang bertanggungjawab terhadap
kematian Altantuya Shaariibuu. Dan tidak ada siapa pun tahu mengapa si
cantik warga Mongolia itu dibunuh pada Oktober 2006.
Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini tidak berjaya menutup fail pembunuhan misterinya.
Malahan, keputusan membebaskan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan
bekas korperal Sirul Azhar Umar membangkitkan lebih banyak soalan.
Siapa bunuh dia? Mengapa?
Dia ditembak mati dan bahan letupan C-4 dikatakan digunakan untuk
meletupkan mayatnya hingga berkecai, tetapi kedua-dua komando polis itu
berkata mereka tidak ada akses terhadap bahan letupan itu. Jadi, apa
yang berlaku? Adakah orang lain terbabit?
Dia datang ke negara ini, tetapi tidak akan rekod imigresen dengan
namanya. Adakah dia menggunakan pasport lain? Bolehkah pihak berkuasa
menjelaskan perkara ini?
Semua persoalan ini mungkin boleh terjawab jika saksi seperti DSP Musa Safri dipanggil memberi keterangan.
Pihak pendakwaan tidak memanggilnya dan mahkamah rayuan hari ini
membenarkan rayuan itu kerana saksi material tidak dipanggil untuk
memberi keterangan, termasuk Musa.
Musa mungkin boleh memberi keterangan apa yang membantu penganalisis
politik, Abdul Razak yang memintanya supaya dapat mengelak diri daripada
Altantuya.
Penterjemah itu pernah menjadi kekasih Abdul Razak tetapi kemudian
memburunya dan menyebabkan Abdul Razak terpaksa mendapatkan perkhidmatan
penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk memerhatikan Altantuya.
Apabila Altantuya muncul pada malam malang 18 Oktober 2006 itu, polis menangkapnya dan itu adalah kali terakhir wanita itu dilihat hidup.
Apabila Altantuya muncul pada malam malang 18 Oktober 2006 itu, polis menangkapnya dan itu adalah kali terakhir wanita itu dilihat hidup.
Seterusnya yang berlaku menggemparkan politik Malaysia. Abdul Razak
ditahan kerana ada kaitan dengan pembunuhan itu dan kedua-dua polis
komando Azilah dan Sirul kemudian didakwa atas pembunuhan Altantuya.
Kaitan antara mereka ialah Musa, yang ketika itu pegawai khas kepada
timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan, Datuk Seri Najib Razak.
Sulaiman Daharun (bapa angkat anak Sirul) memeluk Shukri Azam (anak
Sirul) di luar mahkamah. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari,
23 Ogos, 2013.
Kini perdana menteri, Najib menafikan sebarang kaitan terhadap kes itu walaupun Abdul Razak adalah seseorang yang rapat dengannya. Adakah keputusan hari ini memberikan penutup kepadanya juga?
Kini perdana menteri, Najib menafikan sebarang kaitan terhadap kes itu walaupun Abdul Razak adalah seseorang yang rapat dengannya. Adakah keputusan hari ini memberikan penutup kepadanya juga?
Adakah ia juga memberikan penutup kepada Abdul Razak, yang terlebih
dahulu dibebaskan dalam tuduhan bersubahat membunuh Altantuya. Beliau
mengaku mengelak dan mengusir wanita itu, tetapi tidak minta
kematiannya.
Menariknya, pihak pendakwa tidak pernah memfailkan rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak.
Tetapi, hari ini pihak pendakwaan berkata, mereka akan memfailkan rayuan
terhadap keputusan mahkamah membebaskan Azilah dan Sirul, kedua-dua
tertuduh yang `disembunyikan’ daripada masyarakat awam sepanjang 159
hari perbicaraan kes itu.
Itu juga sekali lagi menimbulkan lebih banyak persoalan. Dan `endless possibilities’. ~the malaysian insider
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.