Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli (gambar) mahu pemimpin tertinggi
negara juga wajar dipersalahkan dalam penyelewengan syarikat usahasama
Felda berjumlah RM30 juta, mendakwa kerajaan cuai dan tidak teliti
sebagai punca ia berlaku.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendakwa dua
individu, Ketua Pegawai Eksekutif KPFQ Foods Sdn Bhd, Datuk Sarchu
Sawal dikatakan menyalahgunakan RM16.9 juta sementara Pengarah KPFQ,
Datuk Tan Han Kook melesapkan RM13.1 juta.
"Saya menggesa supaya siasatan terhadap kes ini tidak dihadkan
semata-mata kepada kesalahan dan penyelewengan yang melibatkan
kepimpinan KPFQ Sdn Bhd.
"Tetapi perlu diluaskan kepada aspek kecuaian (negligence) dan
ketidaktelitian pimpinan tertinggi negara yang terbabit supaya ada
kebertanggungjawaban kerana agensi ini adalah di bawah tanggungjawab
mereka," kata Pengarah Strategi PKR itu dalam satu kenyataan media hari
ini.
KPFQ Foods Sdn Bhd adalah syarikat usahama (joint venture) di antara
Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPFMB) dan Silver Bird Group
Berhad (SBGB) yang ditubuhkan khusus untuk menjadi ejen pemasaran bagi
barang makanan dan pertanian dari rancangan Felda di seluruh negara.
KPFQ diilhamkan melalui projek Gedung Makanan Negara yang dilancarkan
oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak oada 3 September 2009.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga mengumumkan projek Gedung
Makanan Negara akan membabitkan pelaburan sebanyak RM750 juta oleh Felda
dalam tempoh 10 tahun."Oleh yang demikian, kes penyelewengan dana
melibatkan KPFQ Foods Sdn Bhd perlu diteliti dalam konteks pentadbiran
korporat dan tata kelola yang lebih besar.
"Tambahan lagi, akhir-akhir ini banyak dana rakyat digunakan untuk
membiayai projek usahasama di antara agensi kerajaan dan swasta,"
katanya.Paling membimbangkan Rafizi adalah kes ini mempunyai pertalian
dengan Silver Bird Group Berhad (SBGB) iaitu pemegang saham terbesar
dalam SBGB adalah Tabung Haji dan Tan Sri Vincent Tan.
"Ini menunjukkan bahawa SBGB adalah sebuah syarikat perniagaan yang ada
hubungan yang baik dengan kerajaan," katanya.Rafizi mendakwa, kes ini
adalah salah satu lagi kes wang rakyat disalahguna, mempunyai persamaan
dengan skandal penternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
"Adalah amat memalukan apabila penyelewengan terkini membabitkan dana
dan kebajikan peneroka Felda, bila mana penyelewengan NFC sebelum ini
berkaitan kebajikan penternak miskin," katanya.
SPRM memulakan siasatan berikutan projek itu gagal dimulakan di sebalik
`10 juta ringgit’ dimasukkan oleh bank dan syarikat berkaitan kerajaan
(GLC).Menurut penyiasat yang hadir di mahkamah semalam, Sarchu dan Tan
menandatangani 47 banker’s acceptance, kemudahan terpantas menyalurkan
wang, ke dalam syarikat.
Kedua-dua tertuduh dikatakan menyewa syarikat untuk membekalkan makanan
di bawah Projek Bekalan Makanan Nasional. ~the malaysian insider
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.