Seorang pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin menjawab desakan Pertubuhan
Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang menggesa kerajaan menggunakan
undang-undang Syariah terhadap pelatih anjing Muslim dengan mengatakan
menyentuh dan memelihara anjing tidak salah bagi sesetengah mazhab dalam
Islam.
Atas dasar itu, katanya, tidaklah boleh atau wajar menuduh mereka yang
memelihara dan menyentuh anjing sebagai menghina agama Islam kerana
sesetengah mazhab membenarkannya."Bagi ulama mazhab Hanafi, memelihara
dan memegang anjing tidak salah tetapi bagi ulama Mazhab Shafei ia
adalah satu kesalahan," kata Wan Ji yang mendalami Islam di Pakistan dan
Mesir itu.
Beliau mengulas tindakan yang diambil oleh sesetengah pihak menuduh
seorang jurulatih anjing Muslim, Maznah Mohd Yusof yang membuat video
lagu raya bersama anjingnya menghina Islam.
Maznah sebelum ini telah ditahan reman selama dua hari, dan dibebaskan
atas jaminan polis kerana merakamkan perbuatannya membersihkan anjing
seumpama berwudhu, dan membawa anjingnya bersiar-siar sambil
berlatarbelakangkan lagu Hari Raya.
Hari ini, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali menegaskan
tindakan Maznah, atau dikenali sebagai Chetz mempertahankan perbuatannya
di dalam video kontroversi "1 Hari di Hari Raya" itu bakal memberikan
contoh negatif kepada generasi muda Islam berhubung hukum memegang
anjing.
"Perkasa mahukan kerajaan perlu mendakwa mengikut enakmen undang-undang
syariah. Maznah masih lagi berpegang bahawa dia tidak melalukan
kesalahan berkaitan tindakan membersihkan anjing-anjingnya dan dengan
sengaja menyentuh anjing yang basah," tegas Syed Hassan.
Wan Ji yang mempunyai banyak kuliah agama dimuat naik di Youtube
berhujah, jika hendak dikatakan tidak mengikut Mazhab Shafei menghina
Islam, bagaimana pula dengan menunaikan zakat dengan wang."Masalah
dengan Malaysia adalah orang ramai banyak membuat penilaian atas sesuatu
perkara berdasarkan mazhab Islam Melayu," kata Wan Ji dalam tazkirah
Ramadannya di sebuah surau.
"Mengikut Mazhab Shafei, umat Islam hendaklah menunaikan zakat fitrah
menggunakan makanan asasinya. Dalam konteks Malaysia, beras. Kenapa umat
Islam di Malaysia menunaikan zakat dengan menggunakan wang. Kalau ikut
Mazhab Shafei, ini salah dan boleh didakwa menghina Islam,"
katanya.Menurut Wan Ji, mengeluarkan zakat menggunakan wang dibolehkan
oleh ulama Mazhab Hanafi dan digunakan fatwa ini oleh umat Islam di
Malaysia untuk memudahkan urusan pembayaran zakat.
Atas dasar itu, kata Wan Ji, perkara-perkara yang berbeza pandangan di
kalangan ulama tidak perlulah dijadikan hujah untuk menyerang umat Islam
yang lain.Maznah mencetuskan kontroversi apabila video yang memaparkan
aksinya tiga tahun lalu menyambut Aidilfitri bersama tiga ekor anjing
dimuat naik ke dalam YouTube pada Isnin.
Video itu menunjukkan Maznah membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar
berhampiran pekarangan masjid dengan suara latar takbir raya.Rakaman
berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan Maznah memakai baju
Melayu hitam membasuh kaki anjingnya seolah-olah mengambil wuduk sebelum
menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.
Video itu juga menyiarkan kata-kata: "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama,
tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar
tiga ekor anjing)."Video itu turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya
Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada Chetz sekeluarga" dengan
gambar lelaki duduk bersama tiga ekor ekor anjing di atas sofa. ~the
malaysian insider
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.