Followers

Monday, August 12, 2013

Pemilihan Umno: Mukhriz minta pilih sokong Najib dan Muhyidin


Kempen untuk kepimpinan Umno bermula dan bagi Menteri Besar Kedah yang baru, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir (gambar), perwakilan perlu memilih mereka yang dapat membantu Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin terus memperkasakan parti.

Bagi beliau, setiap calon yang bertanding pada pemilihan Umno Oktober ini perlu mempunyai kriteria antara lain berjiwa besar dan mempunyai nilai integriti yang tinggi, lapor laman web Umno,  Umno-online.

Beliau berkat, ciri-ciri itu penting bagi memastikan pemimpin yang dipilih dapat membantu presiden dan timbalannya terus mengukuhkan kedudukan parti.

“Seramai 150,000 ahli yang layak mengundi perlu memilih pemimpin yang betul-betul dapat menterjemah hasrat dan cita-cita rakyat,”katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Menteri Besar di Seri Mentaloon hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Najib semalam yang berharap proses pemilihan parti yang akan berlangsung tidak merosakkan atau menggugat Umno sebagai sebuah parti terkuat di negara ini.

Perdana Menteri berkata, sebagai sebuah parti yang mengubah perlembagaannya, Umno kini menjadi lebih terbuka, demokratik dan inklusif sehingga ramai yang menawarkan diri untuk bertanding berebut jawatan dalam parti.

Mukhriz berkata, kekuatan parti perlu terus dijamin bagi membantu menjana transformasi seperti mana yang diidamkan pucuk pimpinan.

Beliau berkata, walaupun Umno pada asasnya adalah sebuah parti yang mengutamakan perjuangan Melayu, namun ia tidak pernah menidakkan pihak lain. - 12 Ogos, 2013.


Malaysia Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.