Followers

Saturday, August 31, 2013

PATI yg Kian Ramai Mewarnai Bumi yg Makmur ini..

(Ogos 30 2013)PKR mendakwa pegawai kerajaan Malaysia di Bangladesh terlibat dalam pengeluaran visa pelancong untuk membolehkan ribuan warga negara itu masuk dan bekerja di Malaysia dengan cara meragukan.

Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah mendakwa, tindakan itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sebuah agensi pelancongan.

Wakil rakyat PKR itu berkata, beliau mengesan terdapat warga Bangladesh masuk ke Malaysia menggunakan 'visa pelancong' dengan dokumen sokongan palsu yang diuruskan syarikat terbabit.

Jumlahnya, dakwa Sivarasa lagi mencecah angka seribu orang setiap hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menerusi enam penerbangan terus Dhaka-Kuala Lumpur.

Modus operandinya, dakwa Sivarasa, kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka mengeluarkan visa yang dimudah cara syarikat pelancongan itu dengan menggunakan dokumen palsu dengan bayaran 32,000 Taka (RM1,300).

Bayaran rasmi visa hanya 500 Taka (RM20) sahaja beserta caj yang dibenarkan sehingga 1,000 Taka (RM40).

"Maklumat ini mencadangkan bayaran rasuah digunakan untuk melicinkan proses mengeluarkan visa di Pesuruhjaya Tinggi dan juga untuk memastikan tiada masalah sewaktu pemeriksaan masuk di Dhaka.

"Pada masa sama, kakitangan Imigresen di KLIA juga tidak mencegah kemasukan lebih kurang 1,000 'pelancong' Bangladesh yang tiba setiap hari di KLIA ini," katanya.

Sivarasa membuat laporan polis berhubung perkara sama di balai polis Tropicana dekat Petaling Jaya hari ini. Beliau juga berkata akan memajukan dokumen berkaitan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Turut disertakan dalam laporan polis, nama dan nombor pasport lima warganegara Bangladesh yang didakwa memperoleh visa pelancong mereka dengan cara yang meragukan, katanya.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Wisma Putra dan syarikat terbabit berhubung dakwaan itu.


http://www.malaysiakini.com/news/239782

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.