Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib hari ini
memberi kebenaran kepada penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Muhibbah
di Cheras untuk membayar ansuran RM10 terlebih dahulu bagi membuka
meter air mereka yang dikunci Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Persetujuan itu dicapai hasil rundingan bersama Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di Ibu Pejabat DBKL dan Ahmad Phesal.
Ahmad Phesal yang pada mulanya enggan menerima tawaran Nurul Izzah berlembut selepas naib presiden PKR itu memintanya untuk mempertimbangkan penduduk yang akan menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri minggu hadapan.
Nurul Izzah berkata, mengapa DBKL mengambil langkah mengunci meter air penduduk selepas tunggakannya berjumlah ribuan ringgit dan menjelang musim perayaan yang turut membabitkan orang kurang upaya dan mereka yang sedang menghadapi masalah kewangan. - 2 Ogos, 2013.
The Malaysia Insider.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.