Followers

Tuesday, August 6, 2013

Mahkamah benarkan petisyen BN, PKR hilang kerusi DUN Klias

 

TERKINI ! PKR BAKAL HILANG KERUSI DUN KLIAS, MAHKAMAH BENARKAN PETISYEN BN



KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan petisyen pilihan raya Barisan Nasional yang mencabar kerusi yang dimenangi oleh Ketua Pembangkang Sabah Datuk Lajim Ukin.

Ini adalah petisyen pertama yang dibenarkan sejak pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Mahkamah yang sama juga menolak petisyen Lajim yang mencabar keputusan pilihan raya parlimen Beaufort yang dimenangi oleh BN.

Petisyen bagi kerusi DUN Klias yang dimenangi oleh Lajim dengan majoriti 342 undi difailkan oleh calon BN Isnin Aliasnih, yang mendapat 6,182 undi berbanding 6,324 yang diperolehi Lajim.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.