Kalau saya ikutkan kemahuan Mahathir, Malaysia mungkin sudah muflis sekarang - Pak Lah
Dianggap
sebagai "Mr Clean", beliau dipilih sebagai pengganti Dr Mahathir
Mohamad. Bagaimanapun, hubungan mereka bertukar sebaliknya. Ini
berkaitan isu menantu dan penasihatnya, yang dikenali "budak tingkat
empat".
Bimbang
legasinya terjejas, Mahathir kemudian memulakan genderang perang dan
mula mengkritik kepimpinan Abdullah, yang dilihatnya sebagai pemimpin
yang lemah.
Dan
selepas kemerosotan teruk dalam pilihan raya umum 2008, yang
menyaksikan sokongan pada BN mula retak, Mahathir memutuskan merobek
kerjaya politik Abdullah.
Dalam
wawancara dengan sebuah buku baru, Awakening, the Abdullah Badawi years
in Malaysia, Abdullah melontarkan kenyataan pedih kepada pendahulunya,
dengan menggambarkan Mahathir sebagai lelaki yang penuh kontraldiksi.
Antara
lain, Abdullah (kiri) berkata, jika beliau mengikuti hasrat Mahathir
dengan projek-projeknya seperti landasan berkembar RM14.5 bilion, negara
ini mungkin akan muflis.
"Boleh
kamu bayangkan jika saya mengalah pada Mahathir dengan terus tekanan
berterusan untuk berbelanja ketika defisit sudah amat tinggi, bagaimana
Malaysia akan mengharungi krisis kewangan dan minyak yang kemudiannya
melanda pada 2008.
"Jika
tidak tidak berhemat dan terus berbelanja, saya boleh katakan kita
mungkin sudah muflis sekarang," katanya dalam wawancara yang disiarkan
dalam buku baru yang dijadual dilancarkan pada bulan ini.
"Saya
tidak suka apa yang Mahathir buat. Saya beri peluang kepada Mahathir
untuk meluahkan pandangannya. Saya pergi bertemunya tetapi dia memilih
menyerang saya dan pentadbiran saya secara terbuka," tambahnya.
Disunting
oleh Bridget Welsh dan James UH Chin, buku setebal 620 halaman itu
diterbitkan oleh Strategic Information dan Research Development Centre
(SIRD), Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.