Kenyataan
Media Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan & Hal Ehwal Wanita
Negeri Selangor, EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Yang Berhormat Puan
Hajah Rodziah binti Ismail.
16 Ogos 2013.
Lelaki Prihatin Boleh Menghapus Keganasan Terhadap Wanita.
Lelaki yang bertanggungjawab dan peka tentang hak wanita yang dianugerahi oleh Tuhan dan undang-undang telah banyak membantu wanita mendapat pembelaan dan keadilan dalam keadaan mereka dicerca, didiskriminasi, didera dan diganasi secara mental, fizikal, emosi dan seksual. Sejarah tamadun manusia telah membuktikannya.
Kes video yang mempamerkan wanita dipukul semahunya oleh suami yang menjadi isu ketika ini yang telah diterbitkan ke media sosial oleh anggota keluarga lelaki mangsa adalah contoh ketara rasa tanggungjawab para lelaki yang peka dan prihatin untuk memastikan wanita-wanita di bawah perlindungan mereka mendapat keadilan dan sama sekali tidak diperlakukan sewenangnya oleh lelaki yang telah kehilangan segala pedoman dan sengaja ingin mencedera dan merosakkan kehidupan wanita, walaupun lelaki itu dituntut sebagai amanah untuk berbuat sebaliknya.

Video yang
menjadi viral itu telah menerbitkan reaksi dari pihak berkuasa seperti
yang dikehendaki.
Pengajaran dalam kehidupan yang dibentuk oleh kepercayaan bahawa insan itu dicipta oleh Allah Yang Maha Esa menjelaskan bahawa walau apapun kesalahan wanita isteri itu, beliau tidak layak diganasi dengan apa cara sekalipun; inikan pula jika langsung tiada apa kesalahan yang diperbuat.
Apakah solusi kepada gejala sosial sedemikian dalam masyarakat yang sedang meningkat dan boleh menjadi kelaziman?
Ia bukan soalan yang mudah dijawab, tetapi tidak pula mustahil dijawab dan dilaksanakan sebaik mungkin. Kesungguhan melaksanakannya sebahagian besarnya terletak kepada kuasa yang mampu mengerakkan segala jentera dan anggota yang beramanah untuk melaksanakannya.

Kerajaan persekutuan
didesak untuk menghentikan sebarang diskriminasi mengenai penggemblengan
maksimum anggota penguatkuasaan undang-undang dalam menangani segala
bentuk keganasan terhadap insan khususnya wanita di negeri Selangor.
Sementara menunggu keputusan kerajaan persekutuan sedemikian Kerajaan Negeri Selangor telah merancang untuk melaksanakan polis komuniti dan meletakkan alat pengawasan (CCTV) sebagai langkah memelihara keselamatan rakyat di kawasan-kawasan yang releven.
Disamping itu memperhebatkan advokasi (RM500 ribu telah diperuntukkan untuk tujuan tersebut) mengenai Pusat Krisis Sehenti (OSCC) dan mempertingkatkan perkhidmatannya untuk mangsa keganasan terhadap diri mereka dan menambah pusat-pusat perlindungan dengan kerjasama LPHS.

Usaha selari advokasi
gender (yang melibatkan juga usaha memahami sensitiviti maskuliniti dan
kelelakian, masculinity and manhood), perlindungan dan pendakwaan adalah
juga menjadi tumpuan menghapuskan segala bentuk keganasan terhadap
wanita.
Kerajaan Selangor sedang berusaha memulakan gerakan Lelaki
Menentang Keganasan terhadap Wanita (Men Anti-Violence Against Women).
Wajarnya isu keganasan terhadap wanita ini tidak perlu disensasikan untuk mendapatkan keadilan dan reaksi tepat para penguatkuasa. Ia adalah asas tindakan penguatkuasaan.
Kerajaan Negeri Selangor ingin melakukan semaksimumnya usaha-usaha pencegahan, perlindungan dan pendakwaan bagi menangani jenayah keganasan terhadap wanita.

Ia
memerlukan kerjasama erat kerajaan persekutuan secara tersusun dan
sistematik (Kenyataan Media saya bertarikh 26 Julai 2012 adalah
dirujuk). Kelekehan dan kegagalannya akan meletakkan rakyat, khususnya
wanita dalam keadaan tertekan dan tidak selamat.
YB Rodziah Ismail
Merangkap ADUN Batu Tiga
Timbalan Ketua Wanita Pusat
dan Ketua Wanita Selangor
Parti Keadilan Rakyat
Timbalan Ketua Wanita Pusat
dan Ketua Wanita Selangor
Parti Keadilan Rakyat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.