Ketua
pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemikiran Lee Kuan Yew
berhubung politik berteraskan kaum dalam buku terbaru bekas perdana
menteri Singapura itu, 'One Man's View of the World' merupakan pandangan "lapuk".
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula tidak menunjukkan keupayaan
untuk melakukan pembaharuan ke atas Umno, kata Anwar lagi ketika
mengulas kenyataan kedua-dua pemimpin berkenaan berhubung politik
Malaysia.
Anwar berkata, beliau melihat bahawa Lee kurang
kefahaman dari segi politik berasaskan kaum dan Najib pula kurang
keazaman untuk memahami sentimen rakyat Malaysia.
"Pandangan
Kuan Yew sangat mewakili generasi Mahathir – ia agak lapuk. Beliau
selalu melihat kepada dikotomi di antara hak dan kaum, hitam dan putih,"
kata Anwar.
"Sebagai contoh, beliau bercakap mengenai dasar
berasaskan kaum, tetapi mempunyai sedikit pemahaman ke atas wacana yang
telah berlaku sejak sedekad lalu," katanya.
Pemimpin PKR itu
merujuk kepada kenyataan Lee bahawa dasar berteraskan kaum di Malaysia
tidak memberi keuntungan kepada Malaysia.
Lee juga berkata dasar tersebut menyebabkan bakat yang diperlukan untuk membina masyarakat dari pelbagai kaum semakin terhad.
Anwar berkata beliau melihat Lee masih terperangkap dalam zaman ketika
bekas MP pembangkang tersebut menentang kerajaan Perikatan, atau ketika
ketegangan politik timbul di antara Malaysia dan Singapura.
Katanya, pemikiran Lee itu "tidak relevan dalam konteks masa
sekarang".Anwar berkata, Najib pula menunjukkan bahawa perdana menteri
itu "tidak mampu" membawa perubahan yang berkesan.
Najib juga memikirkan bahawa perubahan tersebut hanya akan berlaku selepas beberapa "generasi".
Najib pada minggu lalu bersetuju dengan pandangan bekas perdana menteri
Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam buku 'The Awakening" bahawa sukar bagi
Umno untuk berubah.
Katanya, Najib nampaknya tidak sedar bahawa Malaysia telahpun merdeka sejak lebih satu abad.
Posted by jeebond
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.