Followers

Sunday, August 11, 2013

KERJAAN NAIKKAN KADAR BR1M TAHUN DEPAN ???

Edward Stephen Edward Stephen 
KERJAAN NAIKKAN KADAR BR1M TAHUN DEPAN ???


Bantuan rakyat 1 Malaysia akan dinaikkan tahun depan kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.



Katanya perkara kenaikan BR1M akan diusulkan pada pembentangan Belanjawan 2014, Oktober ini.



Katanya lagi, untuk menaikkan kadar BR1M seperti yang dijanjikan kerajaan BN kepada rakyat sehingga maksimum RM1200 barang kali dalam tempoh empat hingga lima tahun dari sekarang. Untuk tahun depan 2014 BR1M hanya akan dinaikkan sedikit.



BR1M pada tahun lepas berjumlah RM500 diberikan kepada golongan berpendapatan kurang dari RM3000 untuk satu isi rumah, Ahmad Husni juga menyatakan bahawa kemungkinan BR1M kali ini hanya akan diberi kepada kumpulan sasar yang LAYAK menikmatinya.

____________________________


Semasa kempan PRU-13 pemimpin tertinggi kerajaan BN sering kali melaungkan akan kenaikan BR1M RM1200, dan akan terus dinaikkan pada tahun-tahun berikutnya, jika BN menang PRU-13 dan dapat membentuk semula kerajaan selepas PRU-13.


Sekarang apabila BN berjaya membentuk kembali kerajaan, maka pelbagai alasan diberikan kepada rakyat, BN terus berdolak-dalik dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal untuk membohongi rakyat.


Nampaknya rakyat tertipu dan ditipu dengan segala janji-janji BN menjelang PRU-13, segala yang diucap oleh pemimpin-pemimpin BN itu hanyalah sebagai pemanis bertujuan meraih sokongan dan undi dari rakyat agar BN memenangi PRU-13 dan berjaya untuk membentuk semula kerajaan agar segala kepincangan dan kesongsangan dalam pentadbiran BN dapat terus disorok dibawah tempat duduk masing-masing.
 Bantuan rakyat 1 Malaysia akan dinaikkan tahun depan kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.


Katanya perkara kenaikan BR1M akan diusulkan pada pembentangan Belanjawan 2014, Oktober ini.

Katanya lagi, untuk menaikkan kadar BR1M seperti yang dijanjikan kerajaan BN kepada rakyat sehingga maksimum RM1200 barang kali dalam tempoh empat hingga lima tahun dari sekarang.

Untuk tahun depan 2014 BR1M hanya akan dinaikkan sedikit.


BR1M pada tahun lepas berjumlah RM500 diberikan kepada golongan berpendapatan kurang dari RM3000 untuk satu isi rumah, Ahmad Husni juga menyatakan bahawa kemungkinan BR1M kali ini hanya akan diberi kepada kumpulan sasar yang LAYAK menikmatinya.
 
Semasa kempan PRU-13 pemimpin tertinggi kerajaan BN sering kali melaungkan akan kenaikan BR1M RM1200, dan akan terus dinaikkan pada tahun-tahun berikutnya, jika BN menang PRU-13 dan dapat membentuk semula kerajaan selepas PRU-13.

Sekarang apabila BN berjaya membentuk kembali kerajaan, maka pelbagai alasan diberikan kepada rakyat, BN terus berdolak-dalik dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal untuk membohongi rakyat.


Nampaknya rakyat tertipu dan ditipu dengan segala janji-janji BN menjelang PRU-13, segala yang diucap oleh pemimpin-pemimpin BN itu hanyalah sebagai pemanis bertujuan meraih sokongan dan undi dari rakyat agar BN memenangi PRU-13 dan berjaya untuk membentuk semula kerajaan agar segala kepincangan dan kesongsangan dalam pentadbiran BN dapat terus disorok dibawah tempat duduk masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.