Followers

Monday, August 19, 2013

Kedudukan Zahid Sebagai Naib Presiden Agak Cemas

 
JENGOK UMNO                                                                                    
Ahmad Zahid Hamidi cemas..
Hismuddin Hussein mungkin boleh merasa lega sedikit dengan keputusan Umno Johor yang mewakilkan kepadanya untuk bertanding merebut jawatan kerusi Naib Presiden. 
 
Konsensus itu diambil dalam mesyuarat Badan Perhubungan Umno Johor yang dipengerusikan Abdul Khalid Nordin. Hishmuddin adalah calon tuggal dari Johor untuk merebut kerusi nombor tiga itu.
Hismuddin terharu dengan keputusan Umno Johor itu. Sewajarnya kalau anak bekas PM ke tiga itu terharu dengan keputusan itu. 
 
Ketika riputasinya sebagai Naib Presiden Umno kurang baik disebabkan kelemahan-kelemahan semula jadinya, tiba-tiba beliau diberi laluan mudah, sewajarnya beliau merasa terharu dan berterima kasih. 
 
Belum tentu lagi kalau ada calon lain dari Johor untuk merebut kerusi Naib Presiden, Hishmuddin boleh menang. Konsesnus itu menunjukkan persepakatan Umno Johor.
Sebelum ini Khalid Nordin dilihat sebagai pencabar masa depan untuk Hishmuddin dari Johor. Khalid pernah bertanding jawatan Naib Presiden, tetapi kalah. Lain-lain tokoh dari Johor dilihat tidak berpotensi kerana sudah lanjut usia ataupun masih mancari tapak. 
 
Misalnya Naib Ketua Pemuda, Razali Ibrahim dilihat masih mencari tapak untuk melonjak ke atas walaupun ada bakat untuk pemimpin masa depan Umno Johor tetapi beliau masih belum ampuh.
Perkembangan di Johor itu sedikit sebanyak menyebabkan dua Naib Presiden, Ahmad Zahid Hamidi dan Shafei Afdal sedikit resah dan cemburu. Kehebatan mereka seakan sedikit tercabar dengan apa diperolehi Hishamuddin itu. Tentu mereka juga berharap hal yang sama dari negeri masing-masing. 
 
Setakat ini tidak nampak Umno Perak akan membuat keputusan sama dengan Umno Johor memberi laluan tunggal kepada Zahid. Jadi Zahid tidak boleh merasa lega atau terharu seperti Hishmuddin. Moral Zahid untuk mengekalkan kerusi Naib Presiden masih belum tinggi.
Begitu juga di Sabah. Bahkah kedudukan Shafei lebih bahaya dari Zahid kerana Umno Sabah khabarnya memberi petunjuk dan sedang 'menghala' Ketua Menteri, Musa Aman agar bertanding merebut jawatan Naib Presiden. Kalau Musa bersungguh dan mahu mencuba sudah pasti ia mengugat kedudukan Shafei Afdal.

Selalunya kedudukan Pengerusi Perhubungan lebih baik untuk mendapat sokongan penuh dari bahagian-bahagian didalam negerinya. Atas kapasiti itu Musa berpeluang berbanding dengan Shafei Afdal yang mengharap sokongan 'fudemental' dari Sabah. 
 
Apa lagi kalau ada perancangan untuk menyingkirkan Shafei dari kerusi itu ia tambah merumitkan Shafei. Khabarnya begitulah, ada perancangan untuk menyingkirkan Shafei dari menjadi wakil Umno dari Sabah. 
 
Pakatan di antara Speaker, Sallah Said Kruak dengan Musa Aman untuk meleraikan politik Shafei sudah berjalan lama sebelum pilihan raya lagi. Sallah masih menyimpan cita-cita untuk menjadi KM mengganti Musa Aman?
Tentang Zahid dalam masa terdekat ini harus segera mendapat 'kemujuran' seperti Hismuddin itu. Beliau perlu melakukan sesuatu, melobi Umno Perak agar membuat keputusan sama seperti Umno Johor lakukan. Kalau Zahid tidak mendapat endorsemen dari Perak, ia merbahayakan kedudukan Zahid. 
 
Kedudukan itu akan dijadikan alasan, Zahid tidak mendapat sokongan dari Perak. Umum akan melihat Hishmuddin lebih berwibawa dari Zahid walaupun hakikat sebaliknya.
Sesungguhnya peluang Zahid untuk mengekalkan kedudukan Naib Presiden bukan mudah. Rekodnya sebagai Naib Presiden yang mendapat undi terbanyak dalam pemilihan lalu bukan merupakan satu modal yang boleh dibanggakan. 
 
Zahid harus ingat pencapaian ataupun prestasinya sebagai menteri dinilai dari masa ke semasa dari semua sudut. Apa yang beliau buat dan capai menerusi dua kementerian terakhir yang dipegangnya dijadikan ukuran untuk melihat sejauh mana kemampuan beliau berfikir serta bertindak sebagai pemimpin negara.
Sebelum menjadi Menteri Dalam Negeri (KDN), Zahid adalah Menteri Pertahanan. Isu-isu yang bergeliwat dibawah kementeriannya, seperti peristiwa Lahad Datu semasa menjadi Menteri Pertahanan yang melibatkan tentera dalam peristiwa berkenaan tentu akan dinilai sejauh mana wajar dan tidak wajar 'kolobrasi' itu. 
 
Mungkin ada yang bersetuju dengan langkah tentera membenteras pencerobohan itu, tetapi tentu ada juga mereka yang tidak senang atau merasa kurang logik dengan tindakan tentera. Sebenarnya tragedi Lahad Datu mempunyai berbagai persepsi.
Kegagal Zahid mendedahkan beberapa isu mengenai pembelian peralatan persenjataan negara yang ditinggalkan di zaman Najib menjadi menteri juga memburukkan reputasi dan maruah Zahid sebagai menteri. Dalam hal ini beliau banyak melindungi fakta seolah-olah menjaga Najib bukan pertahanan negara. Wow...

Apa yang terjadi itu sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada kredibiliti Zahid. Begitu juga dengan perkembangan mengenai keselamatan dalam negeri akhir-akhir ini. Laporan mengenai kejadian jenayah yang seakan tidak dapat dikawal, orang akan melihat sejauh mana wibawa Zahid sebagai menterinya. 
 
Walaupun sudah ada tindakan, arahan atau cadangan kepada PDRM untuk mengatasinya tetapi masalah jenaya belum tuntas sepenuhnya. Pasti masalah jenayah akan menjadi modal musuh Zahid untuk mempersendkan kemampuannya sebagai menteri.
Hairan juga kenapa Zahid dipindah dan diletakkan di kementerian yang terdedah dengan masalah dan boleh menjejaskan kredibiltinya? Apakah di sini ia disengajakan oleh Najib Razak? Sebelum ini KDN dipegang oleh adik sepupunya Hishamuddin. 
 
KDN penuh dengan masalah dan reputasi Hishmuddin sangat buruk khasnya mengenai campur tangan pihak tertentu dalam urusan polis. Apakah Najib sengaja mencampakkan Zahid ke lembah itu untuk membunuh Zahid?
Apa yang perlu senantiasa dikenang dan diinsafkan Zahid bahawa Hishmuddin adalah sepupu kepada Najib. Mengikut nasab Islam Hishamuddin lebih layak menerima pesaka peninggalan Najib bukannya Zahid yang dianggap sebagai khadam yang tugas utamanya melunakkan isteri Najib, Rosmah Mansor. 
 
Perhatikan bagaimana Zahid akan meminta perwakilan memberi tepukan bergemuruh untuk Rosmah setiap kali perhimpunan agung Umno. Kenapa dan untuk apa?
Bukan itu saja, apabila disuluhkan kepada Zahid termasuk juga isu-isu peribadi yang menimpa ke atas dirinya akan diguna sebagai sebagai modal. 
 
Kasus melibatkan saman ke atasnya oleh seorang ahli perniagaan yang mendakwa Zahid melakukan jenayah terhadap juga menjadi perhatian. Walaupun kes itu sudah ditarik balik dan penyelesaian diluar mahkamah, tetapi sejarahnya akan tetap akan diperkatakan. Itu semua akan dijadikan modal dan senjata halus untuk menjejaskan peluang Zahid. 
 
Sudah pasti menjelang perhimpunan agung Umno nanti segala skelar mengenai isu-isu itu akan beredar atau termuat dalam buku politik picisan.
Sifat dan perangai pongoh Zahid sebagai keturunan Ningrat dari Jawa terzahir menerusi mulut dan kata-katanya juga turut sama diperhatikan. 
 
Sesetengah kata-kata Zahid yang keterlaluan serta tidak menggambarkan sebagai seorang pemimpin berjiwa Islam mungkin diterima setengah pihak tetapi dibenci oleh pihak lain. Karektor Zahid ini juga menjadi kayu ukur terhadap dirinya dan sudah pastikan akan menjadi butir pertuturan yang akhirnya merosakkan beliau. 
 
Contohnya tindakannya menghalau mereka yang tidak menerima keputusan pilihan raya agar keluar mencari negara kedua. Kenyataan sebegitu tidak gentlemen dan seharusnya keluar dari seorang pemimpin setinggi Zahid.
Mungkin itu semua senang untuk dicantas dan dijawab oleh Zahid. Beliau boleh menggunakan senyuman dan kehebatan ilmu PR yang ada kepadanya. Berjabat tangan dan menepuk bahu atau berpelukan. 
 
Tetapi tuduhan perkaitan beliau kononnya menjadi dalang kepada usaha perpaduan dengan membawa Anwar Ibrahim bersatu dengan Najib satu hal yang memberi bebanan kepada bekas Ketua Pemuda Umno yang hipokrat itu. 
 
Walaupun beliau menafikan menjadi dalang tetapi orang melihat ada kemunasabahannya berpandukan kepada hubungan beliau dengan Anwar sebelum ini. 
 
Bukan itu saja sikap dolak dalih Zahid (munafik) selama ini menyebabkan orang tidak akan mudah mempercayai penafiannya.
Dalam hal ini isu perkaitan Zahid ini pastinya akan digunakan sebagai bahan kempen untuk meragui akan ketulusan Zahid dengan Najib dan Umno juga. Di sini orang yang mencurigai Zahid seperti orang Muhyiddin akan menggunakan isu ini. Sebagai persaing politik Muhyiddin Yassin pasti akan mengambil kesempatan walaupun nawaitu Zahid itu baik untuk semua. 
 
Ini dunia politik. Dan bagi Muhyiddin pula dia menyuluh Zahid sebagai satu-satu pencabarnya.
Belum pasti lagi siapa yang akan turut menawar diri untuk bertanding kerusi Naib Presiden. Zahid sendiri jangan merasa sedap duduk yang beliau boleh mengatasi sesiapa sahaja. 
 
Orang-oang seperti Idris Jusoh, Mukhriz Mahathir atau Mohd Isa Samad tidak mustahil kalau mereka akan turut mencuba. Begitu juga degan Mustapa Mohamed.
Bagi Mukhriz yang kini sudah ada kedudukan sebagai Pengerusi Umno Kedah, (ada pengaruh) inilah masanya kalau beliau hendak mencuba. Untuk tunggu tiga atau empat tahun lagi sudah terlewat lagi pun bapaknya sudah tidak larat untuk membantu lagi. Mukhriz harus berada di atas pesaingnya sebelum ini, iaitu Khairy. 
 
Kekalahannya kepada Khairy bagi kerusi ketua pemuda yang sangat memalukan itu harus ditebus. Dan hari ini bapanya Mahathir sedang menyusun dan mengatur anak-anak tangga untuk anaknya, si Mukhriz menajak naik.
Begitu juga kalau Isa Samad tiba-tiba ikut sama bertanding. Walaupun Isa bukan mudah untuk menang kerana faktor umur, tetapi sedikit sebanyak ia memberi impak kepada ketiga naib presiden sekarang ini. 
 
Undi pasti akan berpecah. Begitu juga dengan kehadiran Idris Jusoh atau Mustapa Mohamed bagi meeakili zone timur boleh memberi kesan.
Menyimpul segala itu, perhimpunan kali ini memberi kesulitan untuk Zahid memastikan beliau akan kekal di kerusi nombor tiga parti itu. Perlu diingatkan Zahid terpaksa berhadapan dengan tiga ketumbukan yang dia mungkin merasa tidak kuat impaknya, tetapi ketumbukan ini boleh menyebabkan dia tertanggal dari hirearki Umno. 
 
Ketumbukan pertama ialah dari Muhyiddin, ketumbukan kedua dari Najib sendiri dan ketumbukan ketiga dari Mahathir yang tidak pernah melupai tusukan pisau lipat Zahid kepadanya tahun 1998. [wm.kl.9:58 am 19/08/13]


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.