Hujung minggu di Pulau Banding dan Tasik Temengor, Hulu Perak,
melapangkan dada seolah-olah lebih jauh dari Kuala Lumpur dan Putrajaya
lebih melegakan.
Terima kasih kepada Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar, kerana meminta pandangan orang luar – badan-badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik, penyelidik dan wartawan tua – dalam usaha beliau membangunkan Pulau Banding sebagai gerbang Taman Diraja Royal Belum.
Hujung minggu yang baru berlalu ahli sains, penyelidik, pegawai kanan kerajaan persekutuan dan negeri serta sahabat alam semula jadi hadir simposium anjuran Yayasan Pulau Banding bagi membincangkan hasil ekspedisi ke Sungai Enam pada akhir tahun 2011. Yayasan Pulau Banding dibiayai oleh Mustapha dan para penderma.
Hatta ucapan dari lubuk hati exco muda Kerajaan Perak, Nolee Ashilin Mohammed Radzi, turut melapangkan dada. Bahasa Melayunya bagus, bahasa Inggeris tidak ada cacat cela.
Alhamdulillah masih ada pemimpin muda politik yang idealistik dan bercakap dari hati. Doa saya orang muda seperti beliau tidak akan dirosakkan dan menjadi korup akibat kuasa atau dicantas oleh politikus tua yang tamak kuasa.
Kalau pemilihan kepemimpinan parti-parti politik, khasnya Umno, pasca PRU13 tidak menghasilkan lebih banyak pemimpin muda, kita harus menganggapnya sebagai satu kegagalan dan tanda nyata bahawa suara generasi muda masih tidak dihargai.
Generasi lama yang idealistik dan bergiat cergas atas dasar perjuangan tidak banyak lagi yang tinggal. Generasi yang berkuasa semakin korup dan tandus semangat perjuangan. Harapan kita adalah kepada generasi muda – kepada anak-anak dan cucu-cucu kita.
Terima kasih kepada penyelidik Awang Noor Abdyul Ghani yang mengajar saya mengenai “stumpage”. Dengan izin. I am stumped to learn that forestry authorities are charging lower premiums for forest concessions than professionally accessed. No wonder loggers became overnight millionaires, states ending up logging larger and large tracks of forests to earn revenue and we are losing pristine forests and precious water catchment areas. Something is not right here!
Dan kepada yang lain kerana menjalankan penyelidikan yang sangat berguna. Langkah seterusnya ada berkongsi dengan khalayak dalam bahasa yang boleh mereka fahami agar mereka juga komited melindungi alam semula jadi anugerah Tuhan itu.
Kita boleh lari secara fizikal dari hingar-bingar dan kacau-bilau kota, tetapi kita tidak boleh lari daripada khabar beritanya.
Seorang lagi wartawan tua berbisik: “You tahu apa jadi di mahkamah dengan kes Altantuya?”
Kita semua sudah baca, tengok dan dengar. Mahkamah Rayuan dengan majoriti mutlak tiga hakim membuang kes dan membebaskan (acquitted and discharged) Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar atas tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu.
Peguam Negara, Abdul Gani Patail kata bukan salah pendakwa. Jadi dia akan merayu kepada Mahkamah Persekutuan.
Kalau Mahkamah Persekutuan setuju dengar, kes ini akan masuk pusingan akhir. Ditakdirkan Mahkamah Persekutuan setuju dengan Mahkamah Rayuan, habislah cerita Azilah dan Sirul dan pembunuhan sensasi Altantuya akan kembali menjadi misteri yang akan terus menghantui banyak orang.
Kalau Mahkamah Persekutuan setuju dengan Mahkamah Rayuan, Azilah dan Sirul bebas sebebas-bebasnya daripada tuduhan membunuh Altantuya. Mereka tidak boleh dituduh lagi dengan tuduhan itu kerana, dalam hukum undang-undang, ia dikatakan “double jeopardy”. Seseorang tidak boleh dituduh dengan tuduhan yang sama dua kali.
“Who killed Altantuya?” Tanya akhbar The Star Sabtu lalu. Saya pun nak tumpang tanya: Did the butler do it? If he didn’t, did he know who did? Or the butler did it but won’t admit?
Ah, if only Sherlock Holmes and his sidekick, Dr Watson, are alive we could try to secure their services to solve the crime as we now do with so many local and international advisers, consultants and special officers.
Alas Holmes and Watson were fictional although Altantuya’s murder was as sensational and having all the conspiratorial twists that peppered Holmes’ London exploits.
Kes ini belumlah selesai. Beberapa kemungkinan boleh berlaku. Mahkamah Persekutuan boleh bersetuju dengan Mahkamah Rayuan atau kes ini boleh dibicarakan semula di hadapan hakim yang berbeza. Sementara itu, “hantu” Altantuya akan terus mengganggu dan oleh sebab ini adalah kes mahkamah, saya tidak akan menyiarkan komen yang ada unsur menghina mahkamah atau “subjudice”.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.