Followers

Saturday, August 17, 2013

KEADILAN sasar kutip 10,000 petisyen, bantah meter TNB bermasalah (Oleh Masdar Wahid)

Raunas Dhom
KEADILAN sasar kutip 10,000
petisyen, bantah meter TNB
bermasalah

(Oleh Masdar Wahid)

PETALING JAYA 16 OGOS: KEADILAN
mensasarkan mengutip 10,000
petisyen bagi mendesak Tenaga
Nasional Berhad (TNB) menyiasat
pertukaran meter analog kepada
digital yang menimbulkan banyak
rungutan rakyat sejak kebelakangan ini.

Petisyen ini juga bagi mendesak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak menubuhkan badan bebas
bagi menyiasat perkara ini, kata
Naib Presidennya, Datuk Chua Jui
Meng.

“Kami konsisten memperjuangkan
isu ini dan berterusan menekan
TNB dan Suruhanjaya Tenaga agar
bersetuju mewujudkan sebuah
badan bebas bagi memeriksa
meter elektrik. 
“Ini kerana rakyat mengadu
bahawa mereka menerima bil letrik lebih tinggi selepas penggunaan meter baru berbanding sebelum ini,” katanya dalam sidang media pelancaran laman web.www.checkyourtnbmeter.com hari ini di ibu pejabat KEADILAN di sini.
.
Orang ramai boleh menyatakan
bantahan mereka dengan
mengunjungi laman web
berkenaan. Dalam masa dua minggu petisyen ini akan dihantar kepada TNB dan Suruhanjaya Tenaga.

Beliau turut mengumum
penubuhan jawatankuasa yang
diketuainya bagi memantau isu itu yang terdiri daripada tiga Ahli
Majlis Pimpinan Pusat (MPP)
KEADILAN iaitu Datuk Dr Tan Kee
Kwong, Dr Xavier Jayakumar dan
Wong Chen.

Peranan jawatankuasa katanya
bertujuan menyiasat, memantau
dan memberi jalan penyelesaian
melalui dasar lebih jelas
melibatkan pihak berkepentingan
termasuk pengguna, TNB dan
Suruhanjaya Tenaga.

“Kami mahu kebenaran didedahkan, adakah meter digital
yang baru rosak atau tepat? Jika
meter rosak, pengguna boleh
menuntut bayaran balik dari TNB,”
katanya menambah seramai
8,030,000 pengguna TNB seluruh
negara.

Sementara itu, Xavier berkata, lebih 300 aduan diterima jawatankuasa itu setakat ini dari seluruh negara termasuk dari pelbagai NGO yang mengecam kegagalan TNB dengan aduan tertinggi dari Perak, Johor
dan Pulau Pinang.

keadilandaily 

Apa jawapan TNB? Apa kata menteri berkenaan? Selepas 1 MDB beli saham IPP, pastu tukar meter baru. Kini harga bil elektrik naik gila. Apa kejadahnya ni?
Haaaakkk,,,,.,.tuuiiiiiihhh,,.,....,. PETALING JAYA 16 OGOS: 

KEADILAN mensasarkan mengutip 10,000 petisyen bagi mendesak Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyiasat pertukaran meter analog kepada digital yang menimbulkan banyak rungutan rakyat sejak kebelakangan ini.

Petisyen ini juga bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak menubuhkan badan bebas bagi menyiasat perkara ini, kata
Naib Presidennya, Datuk Chua Jui Meng.


“Kami konsisten memperjuangkan isu ini dan berterusan menekan
TNB dan Suruhanjaya Tenaga agar bersetuju mewujudkan sebuah
badan bebas bagi memeriksa meter elektrik.


“Ini kerana rakyat mengadu bahawa mereka menerima bil letrik lebih tinggi selepas penggunaan meter baru berbanding sebelum ini,” katanya dalam sidang media pelancaran laman web.www.checkyourtnbmeter.com hari ini di ibu pejabat KEADILAN di sini.
.
Orang ramai boleh menyatakan bantahan mereka dengan mengunjungi laman web berkenaan. Dalam masa dua minggu petisyen ini akan dihantar kepada TNB dan Suruhanjaya Tenaga.


Beliau turut mengumum penubuhan jawatankuasa yang diketuainya bagi memantau isu itu yang terdiri daripada tiga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP)
 

KEADILAN iaitu Datuk Dr Tan Kee
Kwong, Dr Xavier Jayakumar dan
Wong Chen.


Peranan jawatankuasa katanya bertujuan menyiasat, memantau
dan memberi jalan penyelesaian melalui dasar lebih jelas melibatkan pihak berkepentingan termasuk pengguna, TNB dan Suruhanjaya Tenaga.


“Kami mahu kebenaran didedahkan, adakah meter digital
yang baru rosak atau tepat? 


Jika meter rosak, pengguna boleh menuntut bayaran balik dari TNB,”
katanya menambah seramai 8,030,000 pengguna TNB seluruh
negara.


Sementara itu, Xavier berkata, lebih 300 aduan diterima jawatankuasa itu setakat ini dari seluruh negara termasuk dari pelbagai NGO yang mengecam kegagalan TNB dengan aduan tertinggi dari Perak, Johor
dan Pulau Pinang.


keadilandaily 

Apa jawapan TNB? Apa kata menteri berkenaan? Selepas 1 MDB beli saham IPP, pastu tukar meter baru. Kini harga bil elektrik naik gila. Apa kejadahnya ni?

Haaaakkk,,,,.,.tuuiiiiiihhh,,.,....,.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.