Utusan
Malaysia bukan sahaja berdepan dengan pelbagai saman dan serangan ke
atasnya, akan tetapi lebih teruk lagi apabila orang di belakangnya akan
menelanjangkan akhbar itu satu persatu.
Ia bakal dibuat dalam siri forum bertajuk "Siri kelangsungan perjuangan
Said Zahari - Memahami Utusan, siapakah Awang Selamat?" yang bakal
diadakan pada 2 September 2013, pukul 8 malam di Auditorium Dewan
Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).
Forum ini dianjurkan oleh Angkatan Kewartawanan dan Ruang Awam Bebas
(Akrab), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan kebebasan
media di negara ini.
Baginya Utusan Melayu mestilah kritikal dan tidak memihak kepada perjuangan Umno.
Akibatnya beliau dilarang masuk ke Semenanjung Tanah Melayu ataupun
Malaya pada ketika itu oleh Tunku Abdul Rahman yang merupakan Perdana
Menteri dan Menteri Dalam Negeri.
Sejak 1959, Umno ingin menguasai Utusan. Dua orang wakil telah berjumpa dengan Said yang merupakan ketua pengarang akhbar itu.
Apabila Said enggan bekerjasama, beliau ditukarkan serta-merta ke Singapura.
Bagaimanapun arahan itu tidak dipatuhi dan Said memulakan mogok seluruh pekerja Utusan.
Melalui siri pertama, forum ini akan membincangkan siapakah berada di
sebalik pintu pagar dan bangunan baru Utusan, siapakah
perancang-perancang utama di dalam akhbar itu.
Selain itu, pendedahan juga akan dilakukan tentang sikap pengarang-pengarang dan wartawan-wartawan di Utusan.
Paling penting siapakan Awang Selamat yang bukan sahaja dilindungi oleh
kerajaan untuk melemparkan fitnah kepada sesiapa sahaja yang disukai
tetapi kebal dari tindakan undang-undang.
"Siri pertama ini akan menampilkan Hata Wahari bekas wartawan Utusan
yang juga bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ)
untuk membicarakan tajuk pertama tersebut dan bicara ini akan di ulas
oleh Profesor Zaharom Nain," kata Liau Kok Fah, Ahli Jawatankuasa Hak
Sivil, KLSCAH kepada The Malaysian Insider.
Hata akan membicarakan setiap fungsi, gerakan dan apa yang berlaku di
dalam Utusan sejak beliau menjejakan kaki ke bangunan usang Utusan di 46
M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur 18 tahun lepas.
Mimpi Senja
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.