Mahkamah
Tinggi menolak permohonan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk
mengetepikan perintah bagi memulakan prosiding komital terhadapnya yang
diperoleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hakim Datuk John
Louis O’Hara juga memerintahkan Ibrahim membayar kos RM5,000 kepada
Anwar.
Dalam penghakimannya, O’hara memutuskan bahawa Anwar berjaya
membuktikan kes prima bagi memulakan prosiding menghina mahkamah
terhadap Ibrahim.
Mahkamah menetapkan 26 Ogos untuk pengurusan kes.
Anwar diwakili peguam R. Sivarasa manakala Ibrahim oleh Rajinder Singh.
Pada 5
April lepas, Ibrahim memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah
itu atas alasan beliau dan/atau Perkasa tidak bertanggungjawab terhadap
penerbitan sebuah artikel berkaitan seorang hakim di laman sesawang
www.pribumiperkasa.com.
Pada 5 Mac
lepas, O’Hara membenarkan permohonan Anwar untuk memulakan prosiding
komital terhadap Ibrahim dan penulis artikel itu, Zainuddin Salleh.
Pada 17
Jan lepas, Anwar memfailkan permohonan itu dan mendakwa penerbitan
artikel berkenaan di laman sesawang Perkasa pada 7 Jan lepas
menjatuhkan maruah hakim yang mendengar kes fitnah beliau terhadap
Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Ketua Pengarangnya, Datuk Abdul Aziz
Ishak.
Kes saman
itu adalah berkaitan artikel yang disiar defendan berhubung temu bual
Anwar dengan British Broadcasting Corporation (BBC).
Pada 21
Januari lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa kedua-dua artikel yang
diterbitkan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd berhubung temu bual Anwar
dengan BBC berkaitan undang-udang homoseksual, adalah bersifat
memfitnah.
Anwar,
dalam permohonan bagi prosiding komital, mendakwa artikel yang disiar
di laman sesawang Perkasa mengandungi serangan peribadi terhadap hakim
berkenaan yang terjumlah kepada penghinaan, dan disiar sebelum beliau
membuat keputusan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.