Followers

Wednesday, August 28, 2013

HUKUM MEMINUM AIR YANG DIBACAKAN DENGAN AL-QURAN

Photo: HUKUM MEMINUM AIR YANG DIBACAKAN DENGAN AL-QURAN

Air membentuk kira-kira 50-60% daripada berat badan kita dan memainkan peranan penting dalam hampir setiap fungsi utama tubuh. Oleh yang demikian, pengambilan air dalam jumlah yang mencukupi amat penting untuk tubuh kita menjalankan fungsinya dengan sempurna. Ia penting mengangkut sel darah merah ke seluruh badan, melarutkan sisa metabolisma seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang, menstabilkan suhu badan dan banyak lagi. 

Oleh kerana komposisi badan manusia yang memerlukan air, maka air yang diminum mestilah air yang suci dan menyihatkan. Ia bukan sahaja untuk melegakan dahaga, tetapi juga baik untuk sel-sel badan.

Namun, adakah air juga berperanan dari segi mental dan rohani? Dalam perubatan Islam, air adalah sangat sinonim sebagai medium untuk berubat. Air akan dibacakan dengan doa-doa dari al-Quran untuk membantu pesakit yang menghadapi masalah rohani seperti diganggu makhluk halus, sihir, santau dan sebagainya. Ada yang menggelarnya air jampi atau air ruqyah.

Ramai ulama yang berlainan pendapat tentang hukum membacakan al-Quran ke atas air atau bahan-bahan makanan tetapi majoriti pendapat dari ulama-ulama mazhab Shafie berpendapatan bahawa hukumnya adalah harus kerana ia bertepatan dengan syariat Islam sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah sendiri.

Pendapat Imam as Syafie:Dikisahkan bahawa Ar Rabi" telah bertanya kepada Imam as Syafie tentang hukum bejampi.As Syafie menjawab" Tidaklah mengapa berjampi dengan Kitab Allah SWT dengan sesuatu yang diketahui dengan zikullah"

Di dalam kitab" Khazinatul Asrar' ada dinyatakan "al Qadhi Husain, al Baghawi dan lainnya dari mazhab Syafie berpendapat jika dituliskan al-Quran pada manusia atau makanan, maka tidaklah mengapa.

Imam Suyuti dii dalam kitab "al Itqan' menulis: "Imam an Nawawi di dalam kitab 'al Muhazzab' menyentuh tentang hukum menuliskan al- Quran pada papan tulis atau sesuatu bekas kemudian dibasuh dan diberi minum kepada pesakit, menurut kata Imam Hassan al Basri, Mujahid, Abu Qilaabah dan al Auzai'e tidaklah mengapa (dibolehkan) tetapi an-Nakhaie memakruhkan."

Jadi, kesimpulannya ialah air yang telah dibacakan dengan al-Quran boleh diminum untuk melegakan kesakitan dan mendapatkan kesihatan jasmani dan rohani. Ia mesti mematuhi syarat-syarat seperti:

- mesti dari ayat-ayat suci al-Quran, bukannya dari jampi-jampi atau azimat yang tidak difahami dan mengundang kurafat.
- dibacakan oleh orang alim yang jelas bacaan al-Qurannya, berkemahiran dengan talaqqi dan hukum hakam al-Quran serta berakhlak sebagai seorang Muslim sejati.
- menganggap bahawa air jampi tidak lain hanya air semata-mata, hanya Allah sahaja yang mempunyai autoriti untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.

Dengan keadaan masyarakat sekarang yang sering terdedah dengan gangguan emosi dan serangan sihir yang menjadi-jadi sekarang, maka keperluan untuk mendapatkan rawatan ruqyah adalah sangat-sangat diperlukan.

Di samping itu, sokongan Muslimin dan Muslimat terhadap usahawan-usahawan Muslim yang mengeluarkan produk-produk berasaskan perubatan Islam amatlah diharapkan supaya sama-sama mendapat manfaat dan keberkatan dari Allah Taala. 

Wallahualam. Air membentuk kira-kira 50-60% daripada berat badan kita dan memainkan peranan penting dalam hampir setiap fungsi utama tubuh. Oleh yang demikian, pengambilan air dalam jumlah yang mencukupi amat penting untuk tubuh kita menjalankan fungsinya dengan sempurna. 
 
Ia penting mengangkut sel darah merah ke seluruh badan, melarutkan sisa metabolisma seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang, menstabilkan suhu badan dan banyak lagi.

Oleh kerana komposisi badan manusia yang memerlukan air, maka air yang diminum mestilah air yang suci dan menyihatkan. Ia bukan sahaja untuk melegakan dahaga, tetapi juga baik untuk sel-sel badan.

Namun, adakah air juga berperanan dari segi mental dan rohani? Dalam perubatan Islam, air adalah sangat sinonim sebagai medium untuk berubat. Air akan dibacakan dengan doa-doa dari al-Quran untuk membantu pesakit yang menghadapi masalah rohani seperti diganggu makhluk halus, sihir, santau dan sebagainya. Ada yang menggelarnya air jampi atau air ruqyah.

Ramai ulama yang berlainan pendapat tentang hukum membacakan al-Quran ke atas air atau bahan-bahan makanan tetapi majoriti pendapat dari ulama-ulama mazhab Shafie berpendapatan bahawa hukumnya adalah harus kerana ia bertepatan dengan syariat Islam sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah sendiri.

Pendapat Imam as Syafie:Dikisahkan bahawa Ar Rabi" telah bertanya kepada Imam as Syafie tentang hukum bejampi.As Syafie menjawab" Tidaklah mengapa berjampi dengan Kitab Allah SWT dengan sesuatu yang diketahui dengan zikullah"

Di dalam kitab" Khazinatul Asrar' ada dinyatakan "al Qadhi Husain, al Baghawi dan lainnya dari mazhab Syafie berpendapat jika dituliskan al-Quran pada manusia atau makanan, maka tidaklah mengapa.

Imam Suyuti dii dalam kitab "al Itqan' menulis: "Imam an Nawawi di dalam kitab 'al Muhazzab' menyentuh tentang hukum menuliskan al- Quran pada papan tulis atau sesuatu bekas kemudian dibasuh dan diberi minum kepada pesakit, menurut kata Imam Hassan al Basri, Mujahid, Abu Qilaabah dan al Auzai'e tidaklah mengapa (dibolehkan) tetapi an-Nakhaie memakruhkan."

Jadi, kesimpulannya ialah air yang telah dibacakan dengan al-Quran boleh diminum untuk melegakan kesakitan dan mendapatkan kesihatan jasmani dan rohani. Ia mesti mematuhi syarat-syarat seperti:

- mesti dari ayat-ayat suci al-Quran, bukannya dari jampi-jampi atau azimat yang tidak difahami dan mengundang kurafat.
- dibacakan oleh orang alim yang jelas bacaan al-Qurannya, berkemahiran dengan talaqqi dan hukum hakam al-Quran serta berakhlak sebagai seorang Muslim sejati.

- menganggap bahawa air jampi tidak lain hanya air semata-mata, hanya Allah sahaja yang mempunyai autoriti untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.

Dengan keadaan masyarakat sekarang yang sering terdedah dengan gangguan emosi dan serangan sihir yang menjadi-jadi sekarang, maka keperluan untuk mendapatkan rawatan ruqyah adalah sangat-sangat diperlukan.

Di samping itu, sokongan Muslimin dan Muslimat terhadap usahawan-usahawan Muslim yang mengeluarkan produk-produk berasaskan perubatan Islam amatlah diharapkan supaya sama-sama mendapat manfaat dan keberkatan dari Allah Taala.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.